Berita Harian

OPA mempercepa­tkan proses pembentuka­n hujan

-

Kuala Lumpur: Operasi pembenihan awan (OPA) adalah satu alternatif untuk membantu mempercepa­tkan proses pembentuka­n hujan supaya turun di sesuatu kawasansas­aran.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a), Alui Bahari, berkata OPA biasanya dijalankan pada musim kemarau di kawasan tadahan hujan dan kawasan pertanian serta ketika cuaca jerebu untuk mengurangk­an kesan jerebu.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan untuk mempercepa­tkan dan memperting­katkan proses pembentuka­n hujan, sekali gus menambah jumlah hujan dikawasans­asaran.

Katanya, keadaan atmosfera yang tidak stabil iaitu angin yang lemah pada paras bawah sehingga 4,572 meter (15,000 kaki) dan berlakunya daya tujahan angin secara menegak adalah faktor penting bagi menjamin kejayaan OPA.

“OPA juga perlu dijalankan pada awan yang sesuai iaitu awan jenis kumulus dan kumulus menara serta kelembapan udara yang tinggi dengan biasanya mengambil masa antara 30 minit hingga tiga jam untuk menghasilk­an hujan selepas proses penyembura­n agen pembenihan awan,” katanya.

Dua kaedah

Mengenai teknologi yang digunakan bagi OPA, Alui berkata, Metmalaysi­a kini menggunaka­n pesawat untuk menjalanka­n operasi pembenihan awam menerusi dua kaedah iaitu kaedah basah dan kaedah kering.

Katanya, bagi kaedah basah, larutan garam yang diangkut oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan disembur ke dalam awan yang sesuai pada ketinggian antara 1,524 meter (5,000 kaki) hingga 2,438.4 meter (8,000 kaki).

“Kaedah kering pula membabitka­n pembakaran higroskopi­k flare (campuran garam berbentuk pejal) yang dipasang pada sayap pesawat ringan dan terbang di dasar awan pada ketinggian antara 914.4 meter (3,000 kaki) hingga 1,524 meter (5,000 kaki),” katanya.

Alui berkata, anggaran kos untuk OPA kaedah kering lebih rendah iaitu RM25,000 untuk tiga jam penerbanga­n termasuk kos sewaan pesawat dan higroskopi­k flare, berbanding RM80,000 bagi satu penerbanga­n untuk OPA kaedah basah kerana kawasan litupannya adalah lebih luas.

“Hasil kajian turut mendapati kandungan air hujan hasil pembenihan awan adalah hampir sama dengan kandungan air hujan semula jadi,” katanya.

 ??  ?? Alui Bahari
Alui Bahari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia