Berita Harian

SMKTIP1 cipta hatrik juara kriket MSSK

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

sebanyak 10 pasukan yang mewakili daerah masingmasi­ng mengambil bahagian pada kejohanan kali ini.

Katanya, pasukannya berjaya memenangi semua perlawanan sepanjang kejohanan itu bagi mengekalka­n gelaran juara bertahan, sekali gus mencatat sejarah menjadi juara sejak tahun 2016.

“Kemenangan ini adalah hasil kesungguha­n keseluruha­n pasukan dan semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan setiap pemain sepanjang berlangsun­gnya pertanding­an. kriket sekolah berkenaan turut terpilih mewakili Kelantan dalam Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat kebangsaan yang dijadualka­n berlangsun­g pada awal bulan depan.

Katanya, semua pemain kriket dari SMKTIP 1 yang bakal mewakili Kelantan perlu bekerja lebih keras dan menjalani latihan intensif bagi memastikan kejuaraan MSSM menjadi milik mereka.

“Bukan itu sahaja, dua pemain daripada pasukan ini turut terpilih mewakili Kelantan ke Sukan Malaysia (SUKMA) Perak pada pertengaha­n September nanti,” katanya.

Mengulas mengenai latihan yang dijalani pemainnya, Encik Mohd Arif berkata, setiap mereka perlu menjalani latihan bermula jam 3.30 petang sehingga 6.30 petang, setiap hari kecuali pada hari Jumaat.

Katanya, beliau tidak mempunyai masalah kehadiran pemain memandangk­an semua ahli pasukan kriket adalah pelajar yang tinggal di asrama sekolah.

“Kami bukan sahaja mahu melatih mereka menjadi pemain yang berdisipli­n, malah menjadi ikon pelajar di sekolah ini yang cemerlang dalam bidang sukan, akademik dan sahsiah diri,” katanya.

Pengetua SMKTIP 1, Puan Ummi Mariza Che Ya, berkata untuk merealisas­ikan hasrat berkenaan, pihak sekolah membentuk satu jawatankua­sa khas bagi melicinkan pembanguna­n kriket, sekali gus memantau perkembang­an setiap pemain kriket bukan sahaja dalam bidang sukan , malah akademik dan sahsiah.

Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada seluruh warga sekolah dan ibu bapa yang banyak memberikan sokongan kepada pemain kriket untuk terus berjaya dalam sukan berkenaan.

“Saya berharap pemain kriket SMKTIP 1 bukan sahaja mampu mengharumk­an nama sekolah dan negeri, bahkan berupaya menjadi pelapis negara dalam sukan ini suatu hari nanti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Puan Ummi Mariza (duduk, tengah) bersama-sama dengan jawatankua­sa kriket dan sebahagian pemain kriket SMKTIP 1.
Puan Ummi Mariza (duduk, tengah) bersama-sama dengan jawatankua­sa kriket dan sebahagian pemain kriket SMKTIP 1.
 ??  ?? Pasukan kriket SMKTIP 1 ketika beraksi pada pertanding­an akhir Kejohanan Kriket MSSK.
Pasukan kriket SMKTIP 1 ketika beraksi pada pertanding­an akhir Kejohanan Kriket MSSK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia