Berita Harian

Sime Darby kekal positif misi projek

Pelaburan mampu jana pertumbuha­n ekonomi

- Oleh Azzman Abdul Jamal azzman@nstp.com.my

Sime Darby Property kekal positif terhadap pembanguna­n projek Lembah Wawasan Malaysia (MVV) dan yakin projek itu akan menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

Ketua Pegawai Operasi Perbandara­n Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi Albakri, berkata pihaknya sebelum ini sudah mengadakan perbincang­an bersama kerajaan yang turut menyatakan keyakinan terhadap projek berkenaan.

“MVV bukan hanyalah satu yang dilaksanak­an sekali sahaja, malah ia adalah pencetus pengubah kepada Negeri Sembilan dan negara.

“Ia juga akan menyumbang kepada pertumbuha­n Negeri Sembilan, jadi kami amat positif terhadap MVV dan ia juga menerima maklum balas memberangs­angkan daripada kerajaan negeri,” katanya pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) antara Sime Darby Property dan UNICEF, di Shah Alam, semalam.

Yang hadir sama ialah Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Seri Amrin Awaluddin dan wakil UNICEF di Malaysia, Marianne Clark-hatringh.

Menerusi MOU itu, Sime Darby menjalinka­n usaha sama dengan UNICEF untuk membina taman permainan inklusif pertama Malaysia di City of Elmina.

Projek siap 2019

Projek yang dijangka siap pada separuh pertama 2019 itu akan menjadi standard bagi pembinaan taman permainan inklusif taman awam untuk industri.

Sementara itu, ditanya mengenai perbincang­an antara Sime Darby Property bersama pihak yang ingin melabur dalam pembanguna­n MVV, Wan Hashimi berkata, setakat ini masih tiada kata putus.

“Ia adalah perkara biasa untuk mengadakan perbincang­an bersama pihak yang berpotensi melakukan pelaburan tetapi masih tiada kata putus sehingga kini. Bagaimanap­un, ada pihak mengemukak­an minat kepada kami,” katanya.

Pada Mei 2017, Sime Darby Property, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) dan Brunsfield Developmen­t Sdn Bhd memeterai MOU untuk menerajui pembanguna­n MVV, merangkumi kawasan Seremban dan Port Dickson.

Dengan kawasan cadangan 52,609 hektar atau kira-kira 75 peratus saiz Singapura, pembanguna­n itu akan merangkumi kawasan bandar seperti Nilai, Seremban dan Port Dickson.

Projek 30 tahun itu dijangka menarik kira-kira RM290 bilion pelaburan, mewujudkan 1.38 juta pekerjaan baharu dan menjana antara 6.2 peratus hingga 7.3 peratus pertumbuha­n ekonomi tahunan.

Projek MVV termasuk pembanguna­n lima kluster strategik iaitu Lembah Pendidikan-teknologi, Pelanconga­n dan Kesihatan, perbandara­n baharu, daerah perniagaan pusat dan bandar alam semula jadi.

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE/BH] ?? Wan Hashim bersalaman dengan Clark Hattingh
(kiri) dan disaksikan Amrin pada majlis menandatan­gani MOU antara Sime Darby Property dan UNICEF, di Shah Alam, semalam.
[FOTO AZIAH AZMEE/BH] Wan Hashim bersalaman dengan Clark Hattingh (kiri) dan disaksikan Amrin pada majlis menandatan­gani MOU antara Sime Darby Property dan UNICEF, di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia