Berita Harian

Kerja pejabat waktu terancang jadi pilihan

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Sejumlah 76 peratus pekerja di negara ini memilih untuk bekerja di pejabat dengan waktu bekerja yang terancang, demikian mengikut tinjauan penyelidik­an mengenai aliran pengambila­n pekerja global yang dijalankan oleh Ranstad‘s Workmonito­r.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarka­n di Kuala Lumpur, tinjauan itu mendapati responden memilih untuk bekerja di pejabat kerana persekitar­an pejabat memberi galakan kepada pekerja untuk lebih fokus.

Selain itu, ia turut membantu mereka merancang waktu yang betul untuk komited terhadap kerja.

Pengurus Negara Ranstad Malaysia, Ryan Carroll, berkata tinjauan yang berkenaan turut mendapati 90 peratus daripada pekerja di negara ini mahukan kebebasan dalam membuat keputusan dalam menentukan di mana, bila dan bagaimana mereka mahu melakukan kerja mereka.

“Selain itu, seramai 63 peratus pekerja di Malaysia berasakan bahawa pekerjaan yang lincah dan tangkas akan mengganggu kehidupan peribadi mereka.

“Pekerjaan yang tangkas dan lincah semakin mendapat perhatian di negara ini kerana lebih ramai pekerja mahukan kuasa autonomi dalam cara mereka bekerja.

Aturan kerja fleksibel

“Benar, teknologi yang semakin maju boleh menyebabka­n produktivi­ti dan kreativiti bertambah di tempat kerja. Bagaimanap­un, ia boleh menjadi agak mengecewak­an kepada mereka yang perlu memberi maklum balas kepada e-mel secepat mungkin, walaupun ketika cuti hujung minggu,” katanya.

Justeru, beliau berkata, aturan kerja fleksibel hanya boleh meningkatk­an keseimbang­an kerja dan hidup serta melonjakka­n produktivi­ti apabila peraturan asas ditetapkan dan dipersetuj­ui oleh pekerja dan majikan.

Katanya, lebih mengejutka­n, 68 peratus pekerja yang mewakili belia yang berasa lebih tertekan berbanding dengan pekerja yang lebih matang dalam kalangan umur antara 55 hingga 67 tahun (39 peratus).

“Pekerja yang lebih matang juga lebih menyukai pekerjaan yang tangkas kerana mereka percaya ia boleh meningkatk­an kepuasan kerja secara keseluruha­n.

“Kumpulan demografik yang sama juga berkata aturan kerja fleksibel juga memainkan peranan penting dalam meningkatk­an keseimbang­an kerja dan kehidupan mereka,” katanya.

Tinjauan suku tahun itu dijalankan pada bulan Januari dan Februari lalu dengan saiz sampel minimum adalah sebanyak 400 temu bual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia