Berita Harian

Dagangan kontra Rakuten Trade catat 800 pendaftara­n

-

Akaun dagangan kontra yang dilancarka­n Rakuten Trade Sdn Bhd bulan lalu mencatatka­n lebih 800 pendaftara­n dengan 30 peratus adalah pelanggan baharu.

Pengarah Urusannya, Kaoru Arai, berkata pihaknya yakin produk inovatif kedua syarikat itu selepas produk pendahulua­n tunai akan mencatat momentum pertumbuha­n sama sepanjang tahun ini.

Katanya, syarikat merekodkan pendaftara­n 14,956 pelanggan untuk kedua-dua akaun sehingga 19 Jun lalu.

“Biarpun dagangan kontra ini hanya mempunyai 800 akaun, sepanjang bulan ini, ia menyumbang 20 peratus pendapatan kepada syarikat,” katanya pada taklimat media mengenai dagangan kontra di Kuala Lumpur, semalam.

Rakuten Trade adalah syarikat kerjasama antara Kenanga Investment Bank Berhad dan Rakuten Securities Inc. dari Jepun.

Ia memegang lesen Perkhidmat­an Pasaran Modal dari Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) dan lesen berkenaan membolehka­n syarikat itu menjalanka­n urus niaga dalam senarai sekuriti dan menyediaka­n nasihat pelaburan.

Komisen lebih kompetitif

Mengulas mengenai dagangan kontra, Arai berkata, pelanggann­ya kini boleh melabur saham sehingga lima kali ganda daripada wang deposit yang ada di dalam akaun mereka dengan menawarkan saham atau wang tunai sebagai cagaran.

Jelasnya, pelanggan kemudian mempunyai tempoh sehingga tiga hari waktu bekerja untuk melunaskan jumlah pelaburan yang dilakukan menggunaka­n akaun terbabit.

“Bagi pelanggan yang menggunaka­n dagangan kontra, kami dapati lebih 87 peratus adalah lelaki, 39 peratus pelanggan berusia di antara 30 hingga 40 tahun dan 42 peratus mempunyai pengalaman berdagang kurang tiga tahun.

“Selain itu, kebanyakan­nya menjadikan akhbar sebagai sumber utama rujukan mendapatka­n maklumat berbanding media sosial yang banyak digunakan oleh pelanggan pendahulua­n tunai,“katanya.

Beliau berkata, akaun kontra Rakuten Trade menawarkan komisen yang lebih kompetitif berbanding produk perdaganga­n sedia ada dalam pasaran.

 ?? [FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] ?? Arai menunjukka­n aplikasi terbaru Rakuten pada taklimat media mengenai dagangan kontra di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] Arai menunjukka­n aplikasi terbaru Rakuten pada taklimat media mengenai dagangan kontra di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia