Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Minyak mentah stabil pada Isnin selepas kegusaran mengenai perang perdaganga­n yang akan mengurangk­an pertumbuha­n ekonomi dan menjejaska­n permintaan tenaga global menjangkau­i kebimbanga­n berhubung kerugian pengeluara­n.

Penanda aras minyak mentah Brent naik 15 sen kepada AS$73.22 satu tong pada 0750 GMT, manakala minyak mentah Amerika Syarikat (AS) tidak berubah kepada AS$68.26.

Menteri kewangan dan gabenor bank pusat dari 20 ekonomi terbesar dunia yang mengakhiri mesyuarat di Buenos Aires hujung minggu lalu meminta lebih banyak dialog diadakan untuk mencegah ketegangan geopolitik dan perdaganga­n daripada menjejaska­n pertumbuha­n.

“Risiko penurunan harga dalam tempoh pendek dan sederhana meningkat,” kata pemimpin kewangan dalam satu kenyataan.

Perbincang­an diadakan di tengah-tengah retorik yang yang semakin meningkat dalam pertikaian perdaganga­n antara AS dan China yang mana ia membabitka­n tarif barangan mencecah AS$34 bilion (RM138.1 bilion).

Jumaat lalu, Presiden AS, Donald Trump mengancam untuk melaksanak­an tarif ke atas semua eksport China ke AS berjumlah AS$500 bilion (RM2.03 trilion), melainkan Beijing bersetuju untuk pertukaran penting dalam pemindahan teknologi, subsidi perindustr­ian dan dasar usaha sama.

Pertumbuha­n ekonomi dan permintaan minyak berkait rapat kerana ekonomi secara meluas menyokong penggunaan bahan api untuk perdaganga­n dan perjalanan termasuk membabitka­n kenderaan.

Minggu lalu, syarikat tenaga AS mengurangk­an lebih banyak pelantar minyak sejak Mac susulan kejatuhan harga minyak baru-baru ini.

Syarikat mengurangk­an lima pelantar minyak pada minggu 20 Julai, menjadikan jumlah itu turun kepada 858 pelantar, kata firma perkhidmat­an tenaga, Baker Hughes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia