Berita Harian

FBM KLCI ditutup 1,757.96 mata

Bursa melonjak seiring kaunter saham Asia

-

Bursa Malaysia kembali meningkat daripada penurunan yang dicatatkan pada sesi dagangan awal semalam, seiring dengan prestasi kebanyakan saham Asia lainnya, kata peniaga.

Pada jam 5 petang semalam, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.29 mata untuk ditutup kepada 1,757.96 berbanding 1,754.67 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Penanda aras itu turut berlegar antara 1,749.95 dan 1,760.84 sepanjang sesi dagangan pagi ini selepas dibuka 1.53 mata lebih rendah.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 551 berbanding 354 dengan 409 kaunter tidak berubah, 620 tidak didagangka­n manakala 39 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.13 bilion unit bernilai RM2.24 bilion berbanding 2.88 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Jumaat.

Peniaga berkata, dagangan Bursa Malaysia sedikit tidak menentu apabila aktiviti belian berselang dengan jualan saham mewah di tengah-tengah sentimen luar negatif pada sesi awal sebelum keadaan bertukar lebih positif pada tengah hari susulan belian terhadap saham berkaitan indeks didahului IHH Healthcare dan Petronas Chemicals.

Selain itu, Bursa Malaysia juga seiring dengan saham-saham Asia Tenggara yang mencatat prestasi lebih baik, semalam.

Bursa utama Asia bagaimanap­un kebanyakan­nya susut pada Isnin berikutan kebimbanga­n terhadap kemungkina­n Amerika Syarikat (AS) akan memperkena­lkan lebih banyak langkah perlindung­an, katanya.

“Tumpuan pasaran masih lagi kepada pertikaian perang dagangan Amerika Syarikat (As)-china yang berlanjuta­n dengan Presiden Donald Trump dipetik sebagai berkata beliau kini bersedia mengenakan tarif import ke atas semua import China ke negara itu.

“Trump menjadikan pasaran tidak menentu semula dan kali ini beliau menuduh China, Kesatuan Eropah dan pihak lain memanipula­si mata wang dan kadar faedah masing-masing.

“Pada masa sama, beliau turut mengulangi ketidakpua­san hatinya terhadap kadar faedah semasa yang dilaksanak­an AS,” katanya.

Di peringkat serantau Nikkei Jepun susut 1.33 peratus kepada 22,396.99, Indeks Straits Times Singapura turun 0.22 peratus kepada 3,290.89, Kospi Korea Selatan jatuh 0.87 peratus kepada 2,269.31 manakala Indeks Hang Seng naik 0.66 peratus to 5,911.47.

Selain itu, kaunter paling untung menyaksika­n Nestle untung 60 sen kepada RM148.600, BAT naik 48 sen kepada RM34.18 dan Vitrox menokok 34 sen kepada RM5.79.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masingmasi­ng naik dua sen kepada RM9.81 dan RM23.96 manakala Petronas Chemicals naik tujuh sen kepada RM8.81, CIMB meningkat lima sen kepada RM5.86 sementara Tenaga rugi empat sen kepada RM14.78.

Bagi saham aktif, Sino Hua-an naik lima sen kepada 36 sen, MYEG meningkat enam sen kepada RM1.30, Barakah Offshore menokok 1.5 sen kepada 16.5 sen manakala Sapura Energy bertambah setengah sen kepada 59 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 66.30 mata kepada 12,486.61, Indeks FBMT100 naik 59.17 mata kepada 12,268.25 manakala Indeks Syariah FBM Emas menambah 87.65 mata kepada 12,597.16.

FBM70 melonjak 209.27 mata kepada 15,442.51 namun Indeks FBM Ace menambah 36.13 mata kepada 5,439.40.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan naik 4.65 mata kepada 3,218.81, Indeks Kewangan menambah 28.74 mata kepada 17,355.09 dan Indeks Perladanga­n meningkat 20.34 mata kepada 7,500.57.

Di Pasaran Utama, jumlah daganganny­a bertambah kepada 1.95 bilion saham bernilai RM1.85 bilion berbanding 1.75 bilion saham bernilai RM2.12 bilion pada Jumaat.

Jumlah waran bagaimanap­un berkuranga­n kepada 626.45 juta unit bernilai RM209.46 juta berbanding 690.2 juta pada Jumaat bernilai RM232.51 juta.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan menokok kepada 550.37 juta saham bernilai RM173.73 juta daripada 439.08 juta saham bernilai RM171.61 juta, sebelum ini.

Barangan pengguna menyumbang 79.41 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (546.63 juta), pembinaan (251.01 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (654.26 juta), teknologi (98.40 juta), infrastruk­tur (16.09 juta), SPAC (318,200), kewangan (39.94 juta), hotel (471,200), hartanah (234.56 juta), perladanga­n (27.22 juta), perlombong­an (38,200), REIT (3.54 juta) manakala dana tertutup (228,100).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia