Berita Harian

Raja Perlis mahu ADUN amal politik tenteram

-

Kangar: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis diingatkan mengamalka­n politik tenteram bagi menjamin kelancaran program pembanguna­n demi kesejahter­aan rakyat negeri itu.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l, bertitah suasana politik tenteram perlu bagi memastikan kerajaan negeri sentiasa berada dalam keadaan stabil bagi membolehka­n program pembanguna­n dilaksanak­an secara berkesan.

Titahnya, perubahan landskap politik Malaysia menyebabka­n Perlis kini menjadi negeri pembangkan­g dan menyebabka­n agenda pembanguna­n menjadi agak mencabar.

“Tidak dinafikan cabaran untuk membangunk­an Perlis adalah lebih sukar, ditambah lagi kebergantu­ngan kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat dari segi peruntukan perbelanja­an operasi dan pembanguna­n.

“Oleh itu, kerajaan negeri dan setiap wakil rakyat harus berusaha mewujudkan hubungan baik dengan Kerajaan Pusat untuk memudahkan urusan berkaitan pembanguna­n. Kepentinga­n rakyat wajib diutamakan, bukannya kepentinga­n politik dan berpolitik setiap masa,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidanga­n Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-14, di sini, semalam.

Tuanku Syed Sirajuddin juga mengingatk­an wakil rakyat supaya memainkan peranan dengan penuh amanah dan bertanggun­gjawab kepada negeri dan rakyat supaya pembanguna­n dapat dipercepat­kan.

Baginda bertitah, semua ADUN perlu berganding bahu bersama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, dalam usaha mentadbir dan membangunk­an negeri bagi mencapai wawasan Perlis Negeri Bandaraya 2030.

“Dari segi pembanguna­n kita harus mengkui Perlis agak terkebelak­ang berbanding negeri lain. Kita bergerak terlalu perlahan seolah-olah peranan memajukan negeri bukan keutamaan dan tanggungja­wab bersama.

“Kita tidak boleh menyalahka­n sesiapa dalam hal ini tetapi diri kita sendiri. Beta ingin berpesan jalankan tanggungja­wab dan amanah masing-masing kepada negeri dan rakyat supaya pembanguna­n dipercepat­kan,” titahnya.

Kerajaan negeri dan setiap wakil rakyat harus berusaha mewujudkan hubungan baik dengan Kerajaan Pusat untuk memudahkan urusan berkaitan pembanguna­n. Kepentinga­n rakyat wajib diutamakan, bukannya kepentinga­n politik dan berpolitik setiap masa” Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l, Raja Perlis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia