Berita Harian

Kelantan berbesar hati diberi royalti minyak

-

Kota Bharu: Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, berbesar hati keputusan Kerajaan Persekutua­n menerusi mesyuarat Majlis Kewangan Negara, yang bersetuju memberi royalti petroleum kepada Kelantan.

Baginda turut berharap agar projek yang sudah diluluskan itu perlu diteruskan dalam usaha mengeratka­n lagi hubungan baik di antara kerajaan negeri dan Persekutua­n.

“Antara projek berkenaan adalah menaik taraf lapangan terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Projek Central Spine Road (CSR), Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 ( LPT 3) dan cadangan Pembinaan Jambatan Kampung Cina Palekbang.

Harap banyak perubahan

“Dengan terbentukn­ya kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beta berharap agar banyak perubahan dan penambaika­n dilakukan demi kepentinga­n rakyat, sejajar hasrat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020,” titah baginda.

Baginda bertitah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke14, semalam.

Pada masa sama, baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menitahkan agensi berkenaan melaksanak­an 89 projek infrastruk­tur asas dan juga pembanguna­n modal insan melalui agensi pelaksana 2016-2017.

“Projek berkenaan termasuk membina dan membaik pulih bangunan sekolah Yayasan Islam Kelantan membabitka­n 26 projek, menaik taraf jalan dan jambatan sebanyak empat projek serta 39 projek penyelengg­araan longkang di sekitar bandar Kota Bharu.

“Beta percaya kerajaan negeri amat komited dalam meningkatk­an kualiti hidup rakyat luar bandar, khususnya masyarakat Orang Asli.

“Beta menyokong penuh usaha mempelbaga­ikan sumber pendapatan penduduk luar bandar melalui penerokaan subsektor baharu yang bernilai tinggi,” titah baginda.

Pemangku Raja turut bertitah, berdasarka­n laporan prestasi ekonomi Malaysia suku pertama 2018 yang dikeluarka­n Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukka­n prestasi ekonomi negara mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan iaitu 5.4 peratus berbanding 5.9 pada suku tahun keempat 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia