Berita Harian

‘Pulangkan anak saya’

Bapa minta polis, imigresen beri penjelasan menyeluruh

- Oleh Faris Fuad

“Sudah empat bulan hilang, tolong pulangkan anak saya,” demikian rayuan Mohd Saleem Mohammad Aslam kepada bekas isterinya, Faith Kimberly Hepburn.

Mohd Saleem, 31, berkata dia masih tidak mengetahui lokasi dua anaknya, Raheel Khan dan Aleya Reyhana masing-masing berusia enam dan empat tahun selepas dilarikan bekas isterinya dari sebuah tadika di Seksyen 16, di sini, pada 8 Mac lalu.

Pada masa sama, dia dan keluargany­a meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) mengeluark­an kenyataan jelas mengenai status serta lokasi terkini anaknya bagi merungkai segala persoalan berbangkit.

Katanya, dia sudah membuat lebih enam laporan polis dan antara maklum balas PDRM ialah bekas isteri yang berasal dari New Zealand bersama teman lelaki warga Kazakhstan, Yechhanov Atabek sudah melarikan diri membawa anaknya menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai ke Singapura.

“Jika benar maklumat itu, saya nak tanya bagaimana anak dibenarkan keluar dari negara ini kerana surat beranak dan kad Mykid mereka ada dalam simpanan saya.

“Kalau mereka dibenarkan menggunaka­n visa khas sekalipun, anak masih perlukan permohonan dan tanda tangan saya mengesahka­n kebenaran daripada bapanya.

“Imigresen pula memaklumka­n bekas isteri masih berada di Malaysia, teman lelakinya mempunyai rekod masuk ke Malaysia namun tiada sebarang rekod keluar dari negara ini.

Kenyataan bercanggah

“Dua pihak berkuasa bercanggah dalam kenyataan masing-masing, saya dan keluarga memohon pihak berkaitan untuk menghubung­i kami bagi memberi penjelasan serta gambaran yang lebih menyeluruh berhubung isu berbangkit,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, di sini, semalam.

Yang turut hadir ADUN Bukit Gasing, R Rishyakara­n dan kakak Mohd Saleem, Kalsum.

Lebih membimbang­kan, Mohd Saleem berkata, kedua-dua anaknya pernah memaklumka­n dicekik dan dikurung teman lelaki bekas isterinya.

Katanya, Raheel dan Aleya juga tidak dihantar ke sekolah dan diberi kefahaman mengenai akidah serta ajaran Islam.

“Pada 8 Februari 2016, bekas isteri keluar rumah membawa anak tanpa kebenaran. Saya menuntut hak sebagai bapa terhadap penjagaan anak di mahkamah dan awal tahun lalu, bekas isteri menyerahka­n Raheel dan Aleya kepada saya,” katanya.

 ??  ?? Mohd Saleem Mohammad Aslam
Mohd Saleem Mohammad Aslam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia