Berita Harian

Membentuk warga serba boleh

Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama YBRBH komited anjur program pendidikan

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Komitmen pelajar mencapai kecemerlan­gan dalam pelajaran memberi impak besar kepada sebuah negara untuk maju, termasuk pembentuka­n sahsiah generasi muda pada masa depan.

Pengarah Pembanguna­n Mampan merangkap Ketua Urusetia Local Agenda 21 Perbadanan Putrajaya, Norzita Abd Razak, berkata pendidikan bukan sahaja mendorong kepada kejayaan hidup seseorang malah dapat membentuk menjadi warga serba boleh.

Beliau berkata, bagi merealisas­ikan impian itu, Seminar Didik Rakyat Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR)-BH diteruskan untuk tahun kelima dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.

“Inisiatif program seminar seperti ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh peserta memandangk­an penceramah yang terbabit adalah pakar dalam subjek masing-masing.

“Rebutlah peluang ini sebaik mungkin kerana generasi muda perlu tahu bahawa bidang akademik bukan sahaja membawa kepada kejayaan individu sebaliknya pada tempat mereka berkhidmat atau diami,” katanya.

Teknik berkesan

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Didik Rakyat PT3 YBR-BH dan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Vertikal Pendidikan The News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Auditorium Cempaka Sari, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Noriah Hamzah; Setiausaha Majlis Pengetua Semenanjun­g Malaysia (Putrajaya), Ab Aziz Mamat; Ketua Wilayah Kuala Lumpur/putrajaya Bank Rakyat, Mohd Khizami Abd Ghani; Pengurus Bank Rakyat Cawangan Putrajaya, Rosyati Darus dan Pengarang Berita Pendidikan (Bahasa Melayu) Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP, Ridzuan Yop.

Norzita berkata, penganjura­n seminar itu juga memberi peluang kepada calon PT3 membincang­kan teknik belajar dan menjawab soalan secara berkesan untuk digunakan dalam peperiksaa­n.

Sementara itu, calon PT3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 18(1), Nurzatul Syakilah Mohd Zolkefli, berkata penyertaan­nya dalam seminar itu banyak membantu, terutama teknik menjawab soalan.

“Saya suka penceramah Matematik yang menerangka­n setiap soalan menggunaka­n formula yang muda lagi berkesan.

“Penerangan mudah difahami dan tidak bosan membuatkan tempoh dua setengah jam tidak cukup untuk sesi soal jawab bersama-sama penceramah,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Norzita bersama-sama peserta pada Seminar Didik Rakyat PT3 2018 YBR-BH di Putrajaya, barubaru ini.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Norzita bersama-sama peserta pada Seminar Didik Rakyat PT3 2018 YBR-BH di Putrajaya, barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia