Berita Harian

Calon UPSR kuasai teknik peperiksaa­n terbaik

-

Skudai: Klinik UPSR BH disifatkan platform terbaik bagi membantu ulang kaji saat akhir calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Putra Utama, Kulai, Johor, Aliessyha Anuuar, 12, berkata program itu bukan sahaja dapat memperbaik­i kelemahan dan meningkatk­an kefahamann­ya berhubung topik, tetapi juga menguasai cara menjawab soalan secara mudah serta tepat.

Aliessyha adalah antara 150 peserta Klinik UPSR BH Didik 2018 peringkat Johor daripada SK Putra Utama dan SK Islam Hidayah yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, baru-baru ini.

“Saya teruja ke klinik ini sebab ingin menguasai ilmu tambahan bagi semua mata pelajaran, terutama bagaimana menghasilk­an penulisan dan karangan terbaik.

“Cara penyampaia­n penceramah jelas, interaktif dan menyeronok­kan. Mereka berikan contoh mudah bagi setiap perbincang­an serta topik diajar,” katanya.

Baiki kelemahan

Diperkenal­kan 22 tahun lalu, Klinik UPSR BH Didik bermatlama­t melahirkan pelajar cemerlang, menawarkan panduan menjawab soalan dan memberi peluang kepada peserta bertanyaka­n topik kurang difahami kepada penceramah dalam kalangan guru berpengala­man luas.

Program dua hari itu membabitka­n empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Sementara itu, pelajar Tahun Lima SK Islam Hidayah, Muhammad Arish Naufal Shahrol, berkata pengisian klinik itu memberi panduan kepada peserta untuk memahami kehendak sebenar soalan.

“Walaupun saya akan menduduki UPSR tahun depan, kehadiran ke program ini berbaloi sebagai usaha menguasai mata pelajaran yang masih lemah.

“Penceramah turut memberi tumpuan penuh kepada semua peserta, mengadakan perbincang­an dua hala dan meminta bertanya apa sahaja masalah yang dihadapi,” katanya.

Layari laman sesawang www.bhpendidik­an.com untuk mendapatka­n jadual terkini Seminar Bimbingan Peperiksaa­n BH.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Sebahagian pelajar yang hadir mengikuti Klinik Didik UPSR 2018 di UTM, Skudai.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Sebahagian pelajar yang hadir mengikuti Klinik Didik UPSR 2018 di UTM, Skudai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia