Berita Harian

PERCAYA DIRI

Izzue Islam pinjam semangat Kamal Adli sertai program realiti lawak

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Pelbagai cabang seni sudah diteroka jejaka ini, daripada nyanyian sehinggala­h lakonan. Akui figura ini, dia tidak pernah takutkan kritikan. Malah, dengan komen, kecaman dan pandangan peminat, dirinya masih bertahan.

Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, percaya biar apa cabang diceburi, sekiranya dilakukan sepenuh hati, pasti membuahkan hasil yang baik.

Anggota kumpulan Forteen ini memberitah­u, selepas keputusann­ya menyertai program realiti lawak, Super Spontan Xtravangan­za

dipersoalk­an, dia enggan lagi mengambil pusing kritikan yang boleh menjatuhka­n semangat.

“Saya ambil contoh seperti kes Kamal Adli... Dia adalah juara Super Spontan yang lalu. Sama seperti saya, dia bukan pelakon komedi.

“Kamal adalah sumber inspirasi saya untuk menyertai program itu. Dia membuktika­n, walaupun seseorang itu bukan pelawak, apabila bijak mengatur langkah, mampu muncul juara.

“Kemenangan Kamal secara tak langsung memberikan saya semangat. Kalau kita percaya kita boleh buat, pasti boleh,” katanya kepada HIP. Sebelum ini, Izzue berpengala­man menjayakan naskhah komedi apabila membintang­i drama seperti Ops Cinta Din Sardin, filem Hantu Kapchai serta teater Maduku Kalut dan Projek Kahwin.

“Saya juga pernah dipanggil menjadi artis jemputan untuk Super Spontan. Saya sangat seronok menjayakan­nya. Kali ini, apabila diberi peluang untuk menjadi peserta, saya terima dengan tangan terbuka.

“Sebelum ini, pihak produksi pernah tawarkan saya peluang, namun ditolak kerana jadual padat. Syukur tahun ini saya ada kelapangan,” katanya.

Isteri beri dorongan

Mengaku kali pertama beraksi di pentas komedi spontan secara langsung, Izzue bagaimanap­un, sedia mengambil semua risiko.

“Kalau kita tak cuba, kita tak tahu. Bagi saya, ini adalah suatu cabaran dan peluang untuk saya meneroka satu cabang lain dalam bidang seni.

“Saya dan isteri berpendapa­t, kita takkan selesa duduk dalam satu tempat yang sama,” katanya.

Namun, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan, itu tidak menafikan dirinya berdebar dan gusar dikeliling­i barisan pelawak yang mahir dengan ilmu jenaka spontan.

Sehubungan itu, Izzue banyak menonton program musim lalu bagi memberikan idea untuk beraksi.

Izzue beraksi mulai 20 Julai lalu bersama rakan seperjuang­an seperti Rashid Salleh, Achey, Shahrol Shiro, Nizam Jentik Jentik, Tauke Jambu dan Atu

Zero serta Siti Elizad.

Sasar sebuah teater tiap tahun

Dalam perkembang­an lain, Izzue sedang membuat persiapan menjayakan teater, Tanah Akhirku yang akan dipentaska­n di Istana Budaya (IB), bulan de pan. Projek itu adalah sempena Hari Kemerdekaa­n Negara ke61.

Izzue berkata, dia merancang menjayakan sebuah pementasan teater setiap tahun.

“Setiap tahun, saya mahu menjayakan sekurangku­rangnya sebuah pementasan teater, tidak kiralah genre apa sekalipun, komedi atau bangsawan.

“Ini kerana kita tahu teater ada skop yang berbeza dengan karya televisyen (TV), ia memberi saya perspektif berbeza dalam lakonan.

“Tahun lalu, saya menjayakan teater Bahara Emas. Syukur, kali ini, saya mendapat tawaran teater Tanah Akhirku pula,” katanya yang akan menjayakan watak anak bangsawan.

Selain Izzue, pelakon yang turut membintang­i Tanah Akhirku ialah Mei Fen Lim, Erma Fatima, Nina Nadira dan ramai lagi.

Dalam perkembang­an lain, Izzue turut aktif mempromosi single berjudul Terimalah Kasihku yang dilancarka­n sebelum Aidilfitri lalu.

Berkongsi projek akan datang, Izzue bakal menghasilk­an single berbahasa Inggeris, My City. Single itu berkisar tanah kelahirann­ya, Kota Bharu.

Bagi saya, ini adalah suatu cabaran dan peluang untuk saya meneroka satu cabang lain dalam bidang seni” Izzue Islam

 ??  ??
 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ??
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ]
 ??  ?? Izzue dan Tomok sahut cabaran beraksi dalam program realiti lawak.
Izzue dan Tomok sahut cabaran beraksi dalam program realiti lawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia