Berita Harian

Ayden matangkan Aliff Aziz

Lebih hargai tanggungja­wab sebagai ketua keluarga

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Kehadiran Ayden Adrean, setahun lalu memberi sinar baharu dalam kehidupan penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz. Pernah diuji dengan kontrovers­i yang mendapat liputan meluas, semua pengalaman itu mematangka­n Aliff untuk menjadi ketua keluarga lebih bertanggun­gjawab. Sudah melupakan segala episod hitam itu, penyanyi yang popular dengan lagu, Sayang Sayang itu kini semakin menitikber­atkan soal keluarga.

Mengakui terkesan dengan gosip yang memalit tanggapan negatif netizen terhadapny­a, Aliff, 27, berkata, pengalaman lalu banyak mengajarny­a supaya lebih matang menguruska­n keluarga.

“Masa saya banyak dihabiskan di tempat kerja dan apabila ada kelapangan, saya akan bawa keluarga keluar. Biasanya, kami akan keluar makan bersamasam­a. Saya belajar memahami erti sebenar kehidupan berkeluarg­a kerana itu yang saya impikan.

“Kehidupan kami sekeluarga semakin bahagia. Terlalu awal untuk kami fikirkan soal cahaya mata kedua kerana saya dan isteri mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada Ayden dulu. Dalam hal ini, saya dan isteri tidak suka merancang dan kalau Allah berikan rezeki, Alhamdulil­lah,” katanya.

Curi masa bersama anak

Gembira melihat perkembang­an si kecil yang sudah mula belajar bercakap, Aliff berkata, dia semakin teliti dalam pembahagia­n masa kerana tidak mahu terlepas momen bermakna bersama Ayden. Malah, seperti ibu bapa lain, mereka juga sudah mempunyai perancanga­n untuk masa depan Ayden kerana mahukan anaknya itu mengecapi kehidupan yang terbaik.

“Anak sudah semakin banyak kerenah dan sebagai ayah, saya perlu pandai membahagik­an masa antara kerjaya dengan keluarga. Jadual kerja saya agak padat, jadi saya perlu mencuri masa untuk bersama Ayden.

“Saya bekerja keras demi masa depan anak. Setiap tawaran yang datang saya terima dengan penuh syukur. Alhamdulil­lah, rezeki untuk Ayden sentiasa ada,” katanya.

Tak halang isteri kembali aktif

Aliff berkata, dia juga tidak pernah menghalang isterinya, Bella Astillah sekiranya berminat mahu meneruskan kerjaya seni. Namun, Aliff yang ditemui pada majlis sesi ramah mesra bersama pelakon drama, Sejuta Rasa Buat Adelia berkata, Bella mempunyai minatnya sendiri.

“Saya tidak halang jika Bella mahu meneruskan kerjaya seninya. Tetapi, saya lihat Bella lebih cenderung dalam bidang perniagaan. Apa sahaja yang dia mahu lakukan, saya akan sokong. Kalau ada rezeki, insyaallah, saya ran cang untuk keluarkan single kami berdua.

“Ia masih belum dapat dilaksanak­an kerana masalah masa. Ketika ini, saya fokuskan dahulu apa yang sedang saya usahakan, selagi ada tawaran,” katanya.

Aliff bersyukur kerana keluarga mentuanya sangat memahami dan mengambil berat. Disebabkan itu, dia tidak keberatan jika Bella mahu kembali aktif kerana Ayden akan diletakkan di bawah jagaan mereka.

Enggan tamak rebut peluang

Meskipun namanya semakin menyerlah sebagai pelakon, Aliff berkata, dunia seni suara tidak pernah ditinggalk­an. Cuma, ketika ini, dia masih belum bertemu material yang serasi untuk kembali fokus kepada kerjaya itu.

“Lakonan memang memenatkan, tetapi saya puas apabila penonton memberikan pelbagai komen positif. Sama juga seperti nyanyian, tetapi saya tidak boleh mengejar keduaduany­a serentak. Saya lebih selesa selesaikan satu persatu kerja.

“Ketika ini, saya lebih fokus kepada bidang lakonan, pada masa sama, turut mencari material yang sesuai sebelum kembali ke studio rakaman,” katanya.

Mengakui masih ada peminat yang setia menanti kemunculan buah tangan terbarunya, Aliff berkata, dia tidak mahu meletakkan tempoh tertentu untuk kembali merakamkan lagu. Dia sebaliknya, menyerahka­n semua urusan itu kepada ketentuan rezeki.

“Jadual kerjaya lakonan saya sangat padat, membuatkan saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian. Insyaallah, akan ada lagu baharu daripada saya. Cuma, saya tidak mahu umumkan terlalu awal.

“Biarlah semuanya berjalan dengan sendiri. Ketika ini, ada beberapa tawaran berlakon yang sedang menanti.

“Saya juga perlukan masa untuk berehat seketika dan memberi tumpuan kepada keluarga. Mungkin selepas itu, baru saya boleh aktif menyanyi semula,” katanya yang akan muncul dengan drama baharu, 13 episod, bulan depan.

Saya bekerja keras demi masa depan anak. Setiap tawaranyan­gdatang saya terima dengan penuh syukur. Alhamdulil­lah, rezeki untuk Ayden sentiasa ada” Aliff Aziz

 ??  ?? Aliff bersama isteri, Bella Astillah dan anak, Ayden Adrean.
Aliff bersama isteri, Bella Astillah dan anak, Ayden Adrean.
 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] ??
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia