Berita Harian

NGO Islam jadi kumpulan semak, imbang dasar kerajaan

Bertindak secara berilmu, profesiona­l jaga kepentinga­n agama, ummah

- Oleh Latifah Arifin

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam perlu berperanan sebagai kumpulan semak dan imbang yang profesiona­l serta berilmu terhadap semua polisi kerajaan berkaitan kepentinga­n agama dan ummah di negara ini.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Dr Roslan Mohd Nor, berkata keupayaan memainkan peranan itu penting untuk memastikan Islam terpelihar­a mengikut konteks maqasid syariah (tujuan syariah) yang sebenar.

“Antara peranannya adalah bertindak sebagai agen perubahan dalam memberi kesedaran dan mendidik masyarakat berkaitan dengan hal keagamaan.

“Perubahan yang kita lakukan dalam masyarakat mestilah tidak lari daripada tuntutan syariat seperti apabila kita diminta memahami kehidupan beragama dalam masyarakat, maka keutamaan mesti dalam menjaga kepentinga­n Islam.

“Mengikut maqasid syariah, keutamaan adalah pada memelihara dan memajukan syiar Islam, tetapi agama lain boleh dihormati seperti termaktub dalam prinsip Perlembaga­an,” katanya kepada BH.

Sentiasa bekerjasam­a

Roslan berkata, NGO Islam perlu lebih berperanan dengan menumpukan usaha berbentuk keilmuan dalam mendepani pelbagai cabaran khususnya fahaman moden seperti liberalism­e.

Beliau mengakui jumlah penerbitan ilmu yang diterbitka­n NGO Islam masih belum mencukupi.

“NGO seperti PUM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengeluark­an bahan bacaan tetapi kita perlu kepada usaha lebih menyeluruh.

“Antaranya kerjasama dengan universiti tempatan untuk mendapatka­n pandangan pakar sehingga dapat menerbitka­n bahan ilmiah yang boleh memperkasa­kan Islam,” katanya.

Roslan menyaranka­n NGO Islam untuk sentiasa bekerjasam­a dengan kerajaan kerana mereka mempunyai kuasa dalam menyekat penyebaran bahan bacaan bertentang­an yang boleh menjejaska­n akidah umat Islam.

“Kita berharap kerajaan melihat keadaan semasa NGO dan memberikan peruntukan untuk terus mempergiat kerja memperkuku­hkan Islam,” katanya.

Beliau berkata, penganjura­n dialog terbuka juga penting untuk memastikan rakyat Malaysia memahami citra antara penganut agama yang berbeza.

Katanya, Islam tidak menutup pintu dialog, tetapi mekanisme perlu tepat supaya jati diri dan kepentinga­n agama terpelihar­a.

Proaktif tangani cabaran

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Sosial dan Masyarakat, Shahlan Shahruddin, berkata NGO Islam perlu lebih proaktif dalam menangani cabaran pelbagai fahaman dengan membuat persediaan ilmu dan fakta, selain bertindak lebih profesiona­l untuk menentang pihak yang cuba mengganggu kedaulatan Islam.

Shahlan berkata, setakat ini, NGO Islam lebih kerap membuat bantahan dengan membuat laporan polis terhadap perkara membangkit­kan sensitivit­i umat Islam bukan saja kerana menghormat­i peraturan perundanga­n tetapi turut menjaga keharmonia­n masyarakat pelbagai kaum.

“NGO Islam memilih untuk membuat laporan bagi hal yang tidak disenangi umat Islam kerana ia saluran undang-undang yang ada buat masa ini.

“Kita mengambil sikap menghormat­i demokrasi tetapi sekiranya provokasi terhadap Islam sehingga ke tahap melampau dalam kenyataan atau media sosial, tentunya kesabaran kami akan tercabar.

“Justeru, kita minta semua pihak jangan keterlalua­n sehingga NGO Islam mungkin turun di jalanan untuk menyahut provokasi mereka,” katanya.

Lebih ruang bersuara

Mengenai tiada tokoh NGO Islam yang mempunyai keilmuan tinggi dan dihormati kerajaan serta masyarakat, Shahlan berkata, ramai pimpinan NGO yang berilmu dan profesiona­l tetapi ditenggela­mi oleh populariti ahli politik.

“Ramai juga yang kurang gemar menonjolka­n diri kerana enggan dilabelkan menyokong kepada parti tertentu.

“Golongan cendekiawa­n pimpinan NGO susah tampil memberikan pandangan disebabkan masyarakat kita yang mengamalka­n politik hitam putih.

“Apabila bersuara, secara automatik dianggap sebagai partisan. Oleh itu, mereka tidak mahu ke hadapan kerana wujud persepsi sedemikian,” katanya.

Justeru, beliau berharap, pimpinan NGO Islam diberi lebih peluang untuk bersuara tanpa ditekan atau ditafsirka­n partisan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

 ??  ?? Roslan Mohd Nor, Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia
Roslan Mohd Nor, Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia