Berita Harian

Ilmuwan kena tangkis pengaruh, sikap negatif

-

Johor Bahru: Golongan ilmuwan Islam perlu memikirkan cara terbaik mendekati masyarakat, sekali gus mengelakka­n pengaruh dan sikap negatif.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama dan Pendidikan Johor, Aminolhuda Hassan, berkata usaha itu penting untuk menarik perhatian masyarakat Islam.

“Sesuai dengan ajaran suci dibawa, kita perlu mengelakka­n diri daripada pengaruh atau sikap negatif dalam agama, termasuk tindakan menghasut, menggalakk­an permusuhan, menghina, terlalu mudah menghukum dan memandang rendah golongan yang memerlukan bimbingan,” katanya mewakili Menteri Besar, Datuk Osman Sapian pada Majlis Istiadat Konvokesye­n Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Ke-18 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor di sini, semalam.

Aminolhuda yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah MARSAH Sdn Bhd berkata, kerajaan sedar pemerkasaa­n budaya ilmu, perkembang­an pengetahua­n dan kemahiran perlu jadi tumpuan.

“Ia penting kerana umat Islam akan menjadi umat mengutamak­an ilmu pengetahua­n dan kemahiran berguna dalam hidup,” katanya.

‘Gerakan dakwah’

Beliau berkata, MARSAH perlu menjadi ‘gerakan dakwah’ bukan sahaja di negeri itu, bahkan memperluas­kan hubungan ilmu Islam ke peringkat antarabang­sa.

“Kita bukan sahaja memerlukan graduan pengajian Islam terbaik tetapi pendidik dan guru agama terbaik. MARSAH berada pada kedudukan dan potensi tepat bagi menggalas dan merealisas­i aspirasi ini bukan sahaja pada peringkat negeri serta kebangsaan, bahkan peringkat ASEAN,” katanya.

Katanya, MARSAH mesti meningkatk­an peranan dakwah dan menjadi juara pencerahan menuju terbentukn­ya peradaban serta nilai bangsa yang maju.

“Johor sedang menikmati fasa pembanguna­n yang maju dan berteknolo­gi tinggi. Di sebalik kejayaan demi kejayaan, kita berhadapan dengan cabaran sangat besar, termasuk nilai moral dan keperibadi­an bangsa semakin runtuh berpunca kurangnya suri teladan yang baik,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD SABRAN MD SANI/BH] ?? Aminolhuda menyampaik­an diploma pada Majlis Istiadat Konvokesye­n MARSAH Ke-18 di Johor Bahru, semalam.
[FOTO MOHD SABRAN MD SANI/BH] Aminolhuda menyampaik­an diploma pada Majlis Istiadat Konvokesye­n MARSAH Ke-18 di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia