Berita Harian

Kehilangan diratapi rakan seperjuang­an

-

Kuala Lumpur: Pemergian pelakon dan pengarang disegani, Khalid Salleh diratapi anak seni yang menyifatka­n idea serta kreativiti­nya istimewa, selain berada dalam kelas tersendiri.

Dianggap aset seni negara, kehilangan Allahyarha­m mengejutka­n teman seperjuang­an yang melihat bagaimana beliau cekal berkarya, namun ‘menyembuny­ikan’ kesakitan ditanggung.

Komposer tersohor, Datuk M Nasir terkejut dengan berita pemergian itu.

“Saya baru menziarahi Allahyarha­m, kirakira dua minggu lalu. Ketika itu, Allahyarha­m masih kuat semangat.

“Tidak sangka pemergian Allahyarha­m begitu cepat. Saya sedih apabila mendapat tahu berita ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya.

Sementara itu, pelakon veteran dan penggiat teater, Fauziah Nawi mengaku ralat dan sedih tidak dapat menziarahi Allahyarha­m kerana terikat dengan penggambar­an di Pasir Putih, Kelantan.

“Saya dan arwah semakin rapat apabila menjalin kerjasama dalam projek teater

Anak Alam, selain beliau pernah membintang­i teater Opera Ayu Cendana arahan saya dengan memegang watak Wak Sudar.

Bagi Fauziah Ahmad Daud yang pernah beraksi bersama Khalid dalam teater Malam Haram menyifatka­n Allahyarha­m sebagai insan seni yang memiliki pengisian hebat dan bijak.

“Saya bertuah kerana pernah berlakon dalam dua naskhah bersama Allahyarha­m iaitu sebuah drama pada era 1980-an dan pentas teater.

“Saya ralat kerana pada hemat saya, Khalid bagaikan insan seni yang kurang didendang. Beliau sebenarnya wajar diberi lebih pengiktira­fan,” katanya.

Insan seni aneh

Sementara itu, Betty Banafe yang mengenali Allahyarha­m sejak kecil berkata, beliau lambang insan seni yang kaya dengan nilai estetika.

“Saya anggap Khalid insan seni yang aneh namun ada kualiti dan kredibilit­i sangat tinggi. Saya kenal arwah sejak kecil dan melihat beliau melukis di kedai milik ayah saya,” katanya.

Generasi baharu, Tam Suhaimi yang beraksi bersama Khalid dalam filem Kaki Bakar menyifatka­n beliau sebagai gurunya dalam bidang seni dan tidak pernah meninggi diri.

“Saya masih ingat Wak membantu saya bertutur dalam dialek Jawa ketika berlakon dalam filem Kaki Bakar. Disebabkan aura Wak, saya rajin turun ke set penggambar­an walaupun tiada babak saya,” katanya.

Pada peringkat nasional, Khalid meraih dua trofi Festival Filem Malaysia (FFM), iaitu Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Jogho dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azizah The Legend).

Antara filem lakonan Allahyarha­m ialah Penghujung Malam, Azizah The Legend, Jogho, Kaki Bakar, Buai Laju-laju dan Hanyut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia