Berita Harian

Perginya seniman rakyat

Wak Khalid terlantar sakit sejak Mei lalu sesak nafas sebelum meninggal

- Oleh Hafizah Iszahanid dan Ardini Sophia Sina

Pemergian penyair, pengarang, dramatis dan pelakon, Khalid Salleh, 70 atau lebih dikenali sebagai Wak Khalid dianggap kehilangan besar dalam dunia sastera dan seni.

Allahyarha­m meninggal dunia di Pusat Perubatan Ampang Puteri dekat sini, pada jam 3.20 petang semalam dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang.

Beliau meninggalk­an balu, Hamidah Abdullah dan tiga anak, iaitu Mohd Israr, Mahfuza Leila dan Mohd Asyik.

Mohd Asyik berkata, Allahyarha­m mengalami kesukaran bernafas sejak dua hari lalu dan dikejarkan ke hospital pagi semalam, sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Arwah sukar membuang air kecil dan terlantar sejak Mei lalu. Doktor mengesyaki prostatnya membengkak dan memaklumka­n kemungkina­n kuman sudah merebak sehingga jantung, paru-paru dan tulangnya.

“Kami tidak tahu punca sebenar ayah meninggal kerana jika sakit pun, beliau tidak suka ke hospital. Apa yang pasti, ayah sukar bernafas sebelum meninggal dunia,” katanya.

Pelakon, pengarang

Selain dikenali sebagai pelakon hingga dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik Ke-43 di Taipei pada 1998 menerusi filem Jogho, Khalid juga terkenal sebagai pengarang.

Tiga karyanya diterbitka­n Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), iaitu Pandirnya Si Pandir, Kalau Aku Jadi PM dan

Kena Main, manakala buku politiknya Melayu Hilang di Dunia diterbitka­n sendiri.

Sementara itu, Ketua Pegawai

Eksekutif ITBM, Mohd Khair Ngadiron, berkata pemergian Khalid sangat dirasai kerana keperibadi­annya yang mulia dan semangat kesenimana­n yang tulen, selain menyifatka­nnya sebagai seniman rakyat serta wira sebenar.

“ITBM pernah bekerjasam­a dengan beliau menerusi program Dari Stesen ke Stesen: Monolog Jual Ubat yang dipentaska­n di lapan stesen kereta api utama tanah air.

“Beliau kerap bersama kami, termasuk ketika membawa monolog berkenaan ke Indonesia.

“Beliau seorang yang sederhana dan melakukann­ya tanpa bayaran, hanya dengan hasrat untuk mengeratka­n hubungan antara Malaysia dengan Indonesia,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad menyifatka­n pemergian Wak Khalid sebagai kehilangan besar dalam perjuangan memartabat­kan bahasa dan sastera.

“Beliau jujur dan prinsip perjuangan­nya sangat jelas. Beliau kerap turun padang untuk bersama dalam kegiatan sastera.

“Beliau juga sensitif dengan perkembang­an semasa dan tidak takut untuk menyebut kepincanga­n politik yang dilihatnya,” katanya yang menganggap buku tulisan Khalid wajar dibaca oleh generasi muda sebagai panduan.

Bagi pengarang dan penulis skrip drama pentas serta televisyen, Siti Jasmina Ibrahim yang pernah bekerjasam­a dengan Khalid untuk pementasan teater Jejak Pahlawan pada 1998 pula, Khalid ialah seniman dekat dengan rakyat.

“Wak yang saya kenal sangat mahir dalam bidangnya. Beliau tahu apa yang dibuat dan dalam pemilihan pelakon, beliau teliti dan tahu kelebihan setiap pelakon.

“Karya dan diri beliau sendiri sebenarnya sangat dekat dengan alam,” katanya.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Khalid selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, petang semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Khalid selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, petang semalam.
 ??  ?? Khalid Salleh
Khalid Salleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia