Berita Harian

Indonesia bongkar ‘penjara mewah’

-

Banduan penjara Indonesia didapati membayar untuk sel mewah yang dilengkapi penyaman udara, televisyen skrin rata dan bilik air persendiri­an, kata pegawai anti-rasuah dalam pendedahan skandal rasuah terbaru di negara itu.

Kakitangan penjara disyaki menerima rasuah antara 200 juta hingga 500 juta rupiah (RM56,896 hingga RM142,240) daripada banduan untuk menaik taraf dan membekalka­n telefon bimbit atau membenarka­n mereka keluar sementara dari penjara, kata Suruhanjay­a Pencegah Rasuah (KPK) Indonesia.

Difahamkan, pegawai antirasuah menahan lima suspek yang dikaitkan dengan skandal di penjara Sukamiskin, termasuk banduan dan wardar yang menerima wang tunai serta dua kenderaan sebagai habuan kerana melanggar undangunda­ng.

Satu serbuan, kelmarin mendapati beberapa sel menawarkan bilik air moden dengan pemanas air, peti ais, pembancuh kopi, ketuhar gelombang mikro dan pembesar suara, kata KPK.

“Kami memohon maaf kepada rakyat Indonesia. Kami amat memohon maaf kerana tidak mampu memantapka­n sistem pemantauan kami,” kata Ketua Pengarah Penjara Indonesia, Budi Utami.

Guna pasport palsu

Seorang bekas pegawai cukai yang kini menjalani hukuman di Sukamiskin pernah dirakamkan menonton kejohanan tenis di Bali dan juga ke luar negara menggunaka­n pasport palsu ketika dia seharusnya berada di penjara lain.

Banduan lain di penjara, termasuk bekas ketua hakim dan bekas speaker Parlimen, Setya Novanto di atas kesalahan rasuah pada April lalu membabitka­n isu kad pengenalan kerajaan.

Kerajaan beri amaran

Namun, mereka bukan di antara banduan atau pun kakitangan penjara ditahan, kelmarin.

Senario ini bukan satu rahsia lagi bahawa golongan kaya dan berkuasa boleh ‘membeli segala kemewahan’ dalam penjara.

Ia turut mendorong kerajaan memberi amaran, tahun lalu bahawa kakitangan dan pengawal keselamata­n akan dipenjarak­an jika didapati mengambil rasuah daripada banduan sebagai pertukaran kepada layanan istimewa.

Sementara itu, di Jayapura, pihak berkuasa Indonesia sedang mencari kira-kira 24 banduan yang melarikan diri dari sebuah penjara dengan menggergaj­i jeriji besi tingkap untuk pengaliran udara, kata polis, semalam.

Difahamkan, enam banduan berjaya ditahan selepas percubaan itu.

“Kami sudah menghantar anggota untuk memburu mereka, menjaga sempadan, pelabuhan, lapangan terbang dan menambah kawalan keselamata­n di penjara,” kata ketua polis Jayapura, Victor Dean Mackbon. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia