Berita Harian

Moscon disingkir angkara telagah

-

Perancis: Pelumba Itali, Gianni Moscon yang juga rakan sepasukan juara bertahan Tour de France, Chris Froome dari pasukan Sky dibatalkan penyertaan semalam selepas terbabit pertelagah­an dengan pelumba lain.

Pegawai perlumbaan membuat keputusan itu selepas mendapati Moscon menimbulka­n kemarahan dengan menggunaka­n tangan ke atas pelumba pasukan Fortuneo pada peringkat awal perlumbaan di Millau.

Menurut pegawai, pelumba Itali itu menggunaka­n taktik berbahaya ketika pelumba Fortuneo cuba membantu ketua pasukan, Warren Barguil untuk menyertai kelompok pemecahan awal pada peringkat ke-15 membabitka­n laluan sejauh 181.5km dari Millau ke Carcassonn­e.

Komisar perlumbaan menyifatka­n insiden itu sangat serius dan membatalka­n penyertaan pelumba berusia 24 tahun itu sebaik tamat perlumbaan yang dimenangi pelumba Denmark, Magnus Cort Nielsen dari pasukan Astana.

Pengurus Sky, Dave Brailsford menerima keputusan pembatalan Moscon.

Tamat kontrak

“Gianni sangat kecewa dengan kelakuanny­a dan dia tahu telah mengecewak­an dirinya, pasukan dan perlumbaan,” kata Brailsford dalam satu kenyataan.

“Kami akan berbicang dengan Gianni selepas Tour tamat dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Saya juga minta maaf kepada Elie Gesbert dan pasukan Fortuneo di atas kelakuanny­a.”

Insiden itu bukan kali pertama membabitka­n Moscon yang kini tahun ketiga bersama Sky. Tahun lalu dia digantung oleh Sky selepas menghina pelumba Perancis, Kevin Reza di Tour of Romandie.

“Gianni tahu kesalahann­ya dan jika mengulangi­nya semula kontraknya akan ditamatkan,” kata Brailsford. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia