Berita Harian

Dendam Hamilton berbalas

Atasi Vettel di Jerman selepas tewas di gelanggang sendiri sebelum ini

-

Lewis Hamilton mengakui tidak pernah bermimpi untuk menghadapi perlumbaan cukup luar biasa susulan kejayaanny­a muncul juara Grand Prix (GP) Jerman, awal pagi semalam tatkala menyaksika­n pencabar kejuaraan dunia, Sebastian Vettel terbabit kemalangan.

Tiga hari selepas memperbaha­rui kontraknya bersama Mercedes untuk tempoh dua tahun lagi, juara dunia itu mencipta keajaiban apabila dia dan rakan sepasukann­ya, Valtteri Bottas menghadiah­kan pasukannya penamat satu-dua buat kali pertama di Jerman.

Hamilton memulakan perlumbaan di petak ke-14 tetapi dengan kombinasi antara kemahiran, kelajuan dan taktikal berjaya memberi kelebihan buat dirinya untuk melakar kejayaan yang disifatkan sesuatu mustahil untuk dilakukan.

“Ia sememangny­a sukar apabila bermula di kedudukan seperti itu tetapi kamu perlu ada kepercayaa­n. Saya berdoa panjang sebelum perlumbaan, saya mahu kekal tenang dan pasukan melaksanak­an tugas mereka dengan baik.

Pengalaman hebat

“Apabila hari mula hujan , saya tahu saya ada kedudukan yang baik. Kamu tidak tahu apa akan berlaku selepas kereta keselamata­n keluar.

“Bagi sesiapa yang tidak mengenali saya sebelum ini, sekarang kamu tahu. Ia sesuatu yang hebat apabila dapat menamatkan perlumbaan dengan kedudukan satu-dua di laman Mercedes sendiri.

“Saya tidak pernah dapat merasai perlumbaan menakjubka­n seperti ini,” kata Hamilton.

Sebagai rekod, ia kejuaraan keempat buat Hamilton tahun ini, kali ke-44 buat Mercedes dan 66 sepanjang kerjayanya.

Kejayaan itu menyaksika­n dia merampas kedudukan pendahulu kejuaraan dunia daripada Vettel dengan kelebihan 17 mata. AFP

 ?? [ FOTO EPA ?? Hamilton meraikan kemenangan­nya di Litar Hockenheim, Jerman.
[ FOTO EPA Hamilton meraikan kemenangan­nya di Litar Hockenheim, Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia