Berita Harian

Molinari julang nama Itali

-

United Kingdom: Ketika ramai menjangkak­an Terbuka British sekali lagi akan dikuasai pemain-pemain dari Amerika Syarikat, Francesco Molinari tampil memenangi trofi Claret Jug - pemain Itali pertama melakukann­ya.

Namun tumpuan saingan hari terakhir itu lebih kepada pasangan permainann­ya, Tiger Woods yang kembali mempamerka­n kehebatan untuk menambah koleksi kejuaraan utama selepas kemarau sedekad.

Namun Woods mula tercicir di lubang ke-11 dan 12, sementara Molinari mengekalka­n tumpuannya untuk menamatkan pusingan tanpa bogey pada hari kedua berturut-turut.

Molinari mencatat pusingan 69 untuk keseluruha­n lapan bawah par, dua pukulan mengatasi pesaing terdekat Justin Rose dan Rory Mcilroy, tiga di depan Woods dan empat pukulan mengatasi juara tahun lalu Jordan Spieth.

Harap dapat inspirasi

Pemain 35 tahun itu akhirnya membawa pulang Claret Jug ke Itali, memperbaik­i rekod Costantino Rocca yang tewas pada playoff di tangan John Daly di St Andrews pada tahun 1995.

Dia berharap kemenangan itu akan memberi impak kepada sukan golf di tanah airnya, yang menyaksika­n hanya perlumbaan Formula Satu muncul sukan yang dapat menyaingi populariti bola sepak.

“Pusingan terakhir sudah menjadi tajuk besar di Itali. Jelas sekali, mencapai sesuatu seperti ini sudah di tahap lain,” kata Molinari yang memulakan pusingan terakhir pada enam bawah par, tiga pukulan di belakang pendahulu.

“Saya harap ramai anak muda menonton TV hari ini (semalam), seperti saya menyaksika­n Costantino hampir memenangin­ya pada 1995. Saya harap mereka akan mendapat inspirasi sebagaiman­a saya melihat dia memburu Claret Jug.” AFP

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Molinari menjuarai Terbuka British.
[ FOTO EPA ] Molinari menjuarai Terbuka British.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia