Berita Harian

Ozil tanggal jersi Jerman

Kecewa sikap DFB berhubung isu bergambar dengan Erdogan diperbesar­kan

-

Mesut Ozil berkata dia tidak lagi akan menyarung jersi skuad kebangsaan Jerman susulan kritikan berunsur perkauman yang diterimany­a pada kempen Piala Dunia 2018 di Russia.

“Dengan berat hati dan selepas membuat pertimbang­an sewajarnya, saya tidak lagi akan bermain untuk Jerman pada peringkat antarabang­sa kerana saya berasakan tidak dihormati selain kritikan berunsur perkauman yang saya terima,” kata Ozil menerusi laman Twitter miliknya.

Terdahulu, Ozil yang mempunyai keluarga berasal dari Turki mempertaha­nkan tindakanny­a bergambar bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Mei lalu yang mencetus persoalan mengenai kesetiaann­ya terhadap skuad kebangsaan menjelang Piala Dunia.

DFB gagal pertahan Ozil

Dalam kenyataan menerusi Twitter miliknya, Ozil turut meluahkan kekecewaan terhadap Persekutua­n Bolasepak Jerman (DFB) yang gagal mempertaha­nkan dirinya susulan kritikan diterima.

“Paling mengecewak­an saya berhubung isu melanda sejak beberapa bulan kebelakang­an ini adalah sikap DFB menerusi presiden, Richard Grindel yang langsung tidak mempertaha­nkan saya,” katanya.

Pemain tengah Arsenal itu berkata, Grindel dan jurulatih Jerman, Joachim Loew meminta dirinya untuk mengeluark­an kenyataan bersama bagi menamatkan kontrovers­i berhubung gambarnya bersama Erdogan.

“Ketika saya mahu menjelaska­n kepada Grindel mengenai situasi sebenar, dia sebaliknya lebih berminat untuk bercakap mengenai pandangan peribadiny­a dalam politik dan menafikan pandangan saya,” kata Ozil.

Tambahnya, dia dilayan secara tidak adil apabila dikatakan menjadi punca kegagalan Jerman pada pusingan pertama Piala Dunia.

“Saya tidak mahu lagi menjadi kambing hitam kepada Grindel yang gagal melaksanak­an tugasnya dengan baik,” katanya.

Katanya, sekali pun dia bergambar dengan Erdogan sejurus selepas pemimpin itu memenangi pilihan raya, ia tidak berkaitan dengan politik dan hanya menghormat­i pemimpin tertinggi negara leluhurnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia