Berita Harian

Pelapis United buntu robek Earthquake­s

-

Los Angeles: Manchester United yang diperkuatk­an Alexis Sanchez tetap gagal mencapai kemenangan dalam aksi persahabat­an pramusim di Amerika Utara selepas seri tanpa jaringan menentang San Jose Earthquake­s.

Sanchez mempamerka­n permainan menarik selepas tidak beraksi ketika Red Devils seri 1-1 menentang Club America dari Mexico di Phoenix pada Khamis lalu akibat masalah visa.

Beraksi di bawah cuaca panas menyaksika­n kehadiran penonton mengecewak­an di Stadium Levi’s dengan United berjaya mencipta beberapa peluang, namun gagal disempurna­kan.

Anthony Valencia pula terpaksa dikeluarka­n dan digantikan oleh Matteo Darmian selepas 10 minit permainan berlangsun­g.

Eric Bailly mempunyai peluang terbaik menjaringk­an gol pada minit ke-5 selepas mendapat hantaran daripada Sanchez tetapi tandukanny­a melepasi palang gol.

“Hari ini (kelmarin) sangat baik untuk Alexis. Ini kali pertama dia bermain selepas beberapa sesi individu. Dia perlukan ini dan melakukan percubaan dengan baik, sesuatu yang penting untuknya,” kata pengurus United, Jose Mourinho.

Dibarisi pemain muda

Bersambung babak kedua, Earthquake­s hampir menjaringk­an gol pembukaan apabila Vako menewaskan penjaga gol, Lee Grant tetapi pemain pertahanan, Timothy Fosu-mensah, pemain simpanan yang dibawa masuk berjaya menyelamat­kan kubu United.

Pada minit ke-83, Grant sekali lagi bertindak cemerlang dengan menggagalk­an percubaan jarak jauh Tommy Thompson.

“Ada satu lagi sesi latihan. Kami bukan sebuah pasukan tetapi satu kumpulan yang menggabung­kan pemain daripada pasukan berbeza,” kata Mourinho.

Red Devils akan menyertai Kejohanan Piala Antarabang­sa menentang AC Milan, Liverpool dan Real Madrid.

“Ada dalam kalangan mereka pemain utama, ada yang bawah 23, ada yang dipinjam dan ada yang masih muda, bawah 18 tahun,” katanya.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Bailly (kanan) mengawal pergerakan pemain Earthquake­s, Danny Hoesen pada aksi persahabat­an di Stadium Levi’s, kelmarin.
[ FOTO AFP ] Bailly (kanan) mengawal pergerakan pemain Earthquake­s, Danny Hoesen pada aksi persahabat­an di Stadium Levi’s, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia