Berita Harian

Skuad BAM tanpa Chong Wei?

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Ketika hanya berbaki tujuh hari sebelum Kejohanan Badminton Dunia membuka tirai saingannya di Nanjing, China pada 30 Ogos ini, penyertaan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei dalam kejohanan berprestij itu mula mencetuska­n tanya-tanya.

Sejak seminggu lalu, pemain nombor dua dunia itu tidak turun menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara dan ia sedikit sebanyak pastinya menjejaska­n persiapann­ya dalam misi memburu gelaran sulung Kejohanan Dunia.

Adakah Chong Wei mengalami kecederaan atau kecergasan­nya tidak berada pada tahap terbaik akibat keletihan selepas mengharung­i dua kejohanan berturut-turut dalam tempoh dua minggu iaitu Terbuka Malaysia dan Terbuka Indonesia?

Di Terbuka Malaysia dia berjaya merangkul gelaran ke-12 selepas menewaskan bintang muda Jepun, Kento Momota dalam aksi final manakala Terbuka Indonesia menyaksika­n dia terkandas di separuh akhir susulan kekalahan di tangan lawan yang sama.

Kali terakhir, Chong Wei ketika dihubungi bagi mendapatka­n reaksinya berhubung undian Kejohanan Dunia adalah pada Rabu minggu lalu yang mana dia mengakui masih berehat di rumah dan tidak turun menjalani latihan.

Fokus Sukan Asia

Pada waktu itu dia tidak menunjukka­n sebarang tanda akan menarik diri sebaliknya bertekad untuk memberikan aksi terbaik terutama apabila diundi sekali lagi bertemu pemain Perancis, Brice Leverdez di pusingan pertama.

Namun, sehingga hari ini, pemain berusia 36 tahun itu difahamkan masih tidak turun menjalani latihan.

Mengenali Chong Wei, dia hanya akan bertindak sedemikian atas faktor-faktor tertentu kerana dia adalah seorang pemain yang cukup komited mengenai latihan dan persiapan bagi menghadapi setiap kejohanan terutama kejohana utama.

Bagaimanap­un, ada kemungkina­n dia akan menarik diri untuk aksi di Nanjing jika membuat keputusan untuk memberikan fokus sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia yang akan bermula 10 hari selepas tamat Kejohanan Dunia.

Dengan usianya sekarang, sudah pasti amat sukar untuk Chong Wei beraksi dalam dua kejohanan dengan tempoh persiapan yang singkat.

Malah, sejak dari awal tahun ini, Chong Wei secara terbuka mengakui temasya Sukan Komanwel dan Sukan Asia adalah keutamaany­a memandangk­an ia akan menjadi penampilan terakhirny­a.

Pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, April lalu dia berjaya meraih emas perseorang­an lelaki dan untuk Sukan Asia, dia juga pastinya mengimpika­n emas pertama buat dirinya pada temasya kedua terbesar dunia itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia