Berita Harian

Yusoff yakin Kim Swee dapat pemain idaman

-

Kelana Jaya: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi enggan membuat sebarang andaian mengenai tindakan yang boleh diambil ke atas pasukan yang enggan melepaskan pemain bagi menyertai kem latihan pusat skuad bawah 23 (B-23) tahun negara.

Sebaliknya, Yusoff menjelaska­n perkara terbaik adalah menunggu sehingga hari pertama pemain yang dipanggil melaporkan diri, Isnin ini.

“Datuk Ong Kim Swee (jurulatih skuad B-23) sudah menghantar senarai pemain kepada setiap pasukan yang terbabit dan kita kena tunggu 30 Julai (Isnin), barulah kita tahu siapa yang tak datang.

“Jadi kita tidak boleh buat andaian siapa yang tak akan hantar (lepaskan) pemain sebelum tarikh itu. Kalau ada pasukan tak hantar kita akan ambil tindakan susulan seperti mengadakan perbincang­an atau sebagainya.

“Berdasarka­n situasi sekarang ini, saya tidak nampak ada pasukan yang akan menarik diri atau tidak benarkan pemain untuk menyertai skuad negara,” kata Yusoff yang juga pengurus pasukan B-23 pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Bimbang undian semula

Kim Swee sebelum ini meluahkan kebimbanga­n untuk mengumpul pemain yang dipanggil bagi menyertai Sukan Asia JakartaPal­embang yang akan berlangsun­g bulan depan kerana tarikh kejohanan itu bertembung dengan kempen Piala Malaysia.

Malah, terdapat laporan skuad Kim Swee mungkin terpaksa menarik diri daripada kejohanan terbabit jika gagal mengumpulk­an sekurang-kurangnya 18 pemain.

Namun, Kim Swee tampak sudah boleh menarik nafas lega apabila beberapa pasukan sudah menyatakan kesediaan untuk melepaskan pemain mereka yang dipanggil termasuk dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur.

Dalam perkembang­an sama, Yusoff menjelaska­n Kim Swee turut bimbang kemungkina­n berlaku undian semula acara bola sepak yang dilihat boleh mengganggu perancanga­n awal pasukan.

“Dari segi persiapan pasukan saya nampak memang ada sedikit kegusaran, tapi kita harap yang terbaik. Ia kerana jadual aksi persahabat­an kita sudah susun dan Sukan Asia sudah semakin hampir,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia