Berita Harian

Promosi gamit peminat

Tiket RM10 dijual mulai 11 Ogos untuk saksi tiga perlawanan bermula jam 5.30 petang

- Oleh Siraj Mohd Zaini

Penganjur Piala Sultan Selangor (TSSC) edisi ke-17 menyasarka­n kira-kira 30,000 peminat bola sepak tanah air membanjiri Stadium Shah Alam pada 25 Ogos ini bagi menyaksika­n pertembung­an dua musuh tradisi bola sepak tempatan, Selangor dan Singapura.

Pengerusi penganjur TSSC 2018, Tan Sri Abd Karim Munisar, berkata meskipun masih ada lebih sebulan sebelum acara itu berlangsun­g, pihaknya kini giat melakukan pelbagai promosi bagi menarik orang ramai ke stadium pada hari berkenaan.

Menurutnya, antara acara disediakan ialah persembaha­n artis, cabutan bertuah selain tumpuan terarah kepada misi Selangor bagi merebut kembali tiga piala yang terlepas ke tangan Singapura bagi kategori sekolah bawah 16 tahun, veteran dan pilihan SelangorSi­ngapura.

Pilihan Selangor anak watan

“Perlawanan bagi kategori sekolah bermula seawal jam 5.30 petang diikuti veteran pada jam 7.50 malam dan perlawanan utama pada jam 9 malam.

“Sasaran utama kita adalah merebut kembali ketiga-tiga piala ini dan untuk itu kita harap ribuan penyokong Selangor khususnya akan membanjiri Stadium Shah Alam bagi memberikan sokongan mereka,” katanya selepas majlis penyerahan tiket TSSC 2018 kepada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, semalam.

Sebanyak 4,000 tiket diagihkan kepada pekerja MBSA pada majlis yang turut dihadiri Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Sementara itu, Abd Karim berkata, tiket akan mula dijual kepada peminat bola sepak tempatan mulai 11 Ogos ini dengan harga RM10.

Menurutnya, pasukan pilihan Selangor tahun ini bakal diwakili pemain PKNS FC dengan beberapa pemain tambahan daripada pasukan Selangor.

“Beberapa pemain Selangor ,termasuk Mohd Amri Yahyah, penyerang import seperti Rufino (Segovia) akan memperkuat pasukan Pilihan Selangor pada tahun ini.

“Hanya beberapa pemain import akan dipilih kerana kita mahu lebih ramai pemain tempatan yang akan bermain pada edisi tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia