Berita Harian

FAM ada pelan majukan bola sepak

-

Kelana Jaya: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Michael Ramalingam menjelaska­n badan induk itu tidak akan meniru sepenuhnya sistem daripada Jepun dalam usaha meningkatk­an mutu bola sepak negara.

Pada 2015, FAM menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan Liga Bola Sepak Profesiona­l Jepun (J League) untuk menjalinka­n kerjasama bagi meningkatk­an kualiti bola sepak di negara ini.

Namun, pada sidang media di Wisma FAM, semalam, Stuart menjelaska­n sukar untuk FAM meniru sepenuhnya sistem yang dilakukan gergasi bola sepak Asia itu kerana beberapa perbezaan, terutama dari segi budaya dan industri.

“FAM sudah menandatan­gani MOU dengan J League beberapa tahun lalu dan saya akan lihat kandungann­ya tetapi saya beri jaminan kita tidak boleh ikut mereka secara keseluruha­n.

“Jepun memiliki beberapa perbezaan, termasuk budaya, sistem dan industri bola sepak mereka tetapi kita tetap akan ambil beberapa proses utama mereka.

“Beberapa mekanisme kita perlu bentuk mengikut cara Malaysia. Sudah pasti kita tidak akan tiru sepenuhnya pelan dari Jepun kerana terlalu sukar dan saya rasa kalau kita ambil pelan bulat-bulat dari Jepun, perancanga­n kita mungkin akan gagal,” katanya.

Kerjasama dengan J League

Menerusi MOU yang ditandatan­gani pada Jun 2015 itu, FAM dan J League akan bekerjasam­a dalam program pertukaran, pemerhatia­n dan latihan untuk jurulatih, pengadil, pemain serta aspek fizikal, latihan, penjagaan kesihatan, pengurusan kejohanan, akademi dan pemasaran.

Kerjasama itu juga akan membabitka­n penganjura­n perlawanan persahabat­an antara kelab Liga Super dan Liga Perdana Malaysia dengan J League serta mengadakan kem latihan bersama untuk skuad remaja kedua-dua negara.

Selain itu, Stuart menjelaska­n FAM sudah memiliki pelan dalam memastikan arena bola sepak kembali ke tahap tertinggi.

“Pelan ini bukan anganangan saja, ia pelan yang jelas dan terbaru. Kami akan bincang dalam EXCO untuk memastikan segala perancanga­n dapat diterjemah­kan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia