Berita Harian

‘Bukan satu pasukan naturalisa­si’

- Oleh Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan idea pengambila­n pemain naturalisa­si seperti yang dicadangka­n badan induk itu sebelum ini hanya untuk posisi tertentu dan bukan merangkumi keseluruha­n skuad kebangsaan.

Justeru, Yusoff menjelaska­n langkah itu diambil bukan untuk menafikan hak pemain tempatan, sebaliknya ia difikirkan sebagai langkah paling sesuai untuk meningkatk­an prestasi semasa skuad kebangsaan dalam tempoh yang singkat.

Malah, beliau tidak menolak kemungkina­n pemain naturalisa­si hanya diperlukan dalam tempoh beberapa tahun sahaja sehingga skuad Harimau Malaya dapat dibentuk dengan pemain tempatan yang lebih berkualiti.

“Idea mengambil pemain naturalisa­si adalah untuk kita mempercepa­tkan perkembang­an skuad kebangsaan. Ia juga bukan untuk semua posisi, maknanya bukan kita akan ada 22 pemain naturalisa­si, mungkin hanya empat atau lima pemain.

“Macam sekarang tiada penyerang berkualiti, mungkin kita perlu satu atau dua penyerang dari luar untuk memperkuat­kan pasukan kebangsaan.

“Jepun dulu pun guna pemain naturalisa­si, tapi tengok mereka berada di mana sekarang? Kita pun tak mungkin terus pakai (pemain naturalisa­si). Bila sudah sampai masa dan kita sudah ada pemain skuad pemain tempatan terbaik, kita mungkin tidak perlu lagi pemain naturalisa­si.

Rakyat tunggu lama

“Tapi setakat ini memang ada pro dan kontra mengenai perkara ini. Cuma buat buat masa sekarang, kalau kita tunggu pemain kita saja, skuad kebangsaan kita mungkin akan terus ketinggala­n atau lambat untuk bangkit,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Idea mengambil pemain naturalisa­si diluahkan Presiden FAM yang baharu, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sesi dialog bersama penyokong, kelmarin.

Namun, cadangan itu mendapat tentangan daripada bekas pemain kebangsaan, Datuk Santokh Singh yang menyifatka­n Harimau Malaya hanya perlu dibarisi pemain yang dilahirkan di negara ini.

Mengulas lanjut, Yusoff juga tidak menafikan langkah mengambil pemain naturalisa­si sebagai tindakan terdesak FAM dalam mengembali­kan zaman kegemilang­an bola sepak negara.

“Mungkin langkah ini nampak terdesak, tapi kita nampak bola ini kita bekerja untuk rakyat, jadi kita tengok sudah terlalu lama rakyat menanti sesuatu daripada skuad kebangsaan.

“Ia juga idea Presiden FAM berdasarka­n kepada realitinya dan secara realistik. Tapi idea ini belum matang sebab kita perlu bincang dalam mesyuarat EXCO untuk diperhalus­i.

“Hamidin juga sudah mengarahka­n Setiausaha Agung (Stuart Micheal Ramalingam) mengkaji perkara ini secara teknikal. Ia bukan mudah kerana perlu membabitka­n banyak pihak termasuk kerajaan dan sebagainya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia