Berita Harian

Skuad Kim Swee boleh ulangi kejutan

- Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Skuad bawah 23 tahun negara (B-23) memiliki peluang baik untuk sekurangku­rangnya mara ke suku akhir Sukan Asia Indonesia bulan depan andai jurulatih Datuk Ong Kim Swee dapat menurunkan tonggak yang beraksi di Kejohanan AFC B-23 di China Januari lalu.

Sasaran itu disuarakan oleh Chef de Mission (CDM) Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang berharap masalah pelepasan pemain yang menghimpit skuad itu berjaya diselesaik­an segera.

“Kita perlu senarai akhir pemain daripada FAM untuk dihantar kepada INASGOC (Jawatankua­sa Penganjura­n Sukan Asia Indonesia) pada 3 Ogos depan.

“Jika pasukan kita diwakili pemain yang beraksi di Kejohanan AFC di mana kita mara ke suku akhir, insya-allah jika prestasi itu dapat diteruskan, kita boleh layak ke suku akhir Sukan Asia.

Undian semula kumpulan

“Jika kita masuk ke suku akhir, ada kemungkina­n dalam laluan kita itu, mereka boleh ke separuh akhir. TMJ (Tunku Mahkota Johor) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah umumkan bahawa JDT (Johor DT) akan lepaskan semua pemain jadi saya harap pasukan lain akan ikut,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihak pengurusan skuad B-23 semalam.

Kim Swee sudah mengumumka­n senarai 24 pemain Chef de Mission bagi sesi latihan pusat 30 Julai ini namun ada kebimbanga­n bahawa beliau tidak dapat mengumpul semua pemain kerana jadual bertembung dengan kempen Piala Malaysia yang akan bermula awal Ogos depan.

Daripada 24 pemain itu, Kim Swee menyenarai­kan 17 pemain yang membantu Malaysia melakar sejarah mara ke suku akhir Kejohanan AFC awal tahun ini.

Sementara itu Azim mengesahka­n undian semula bola sepak Sukan Asia akan dilakukan namun tarikh dan format undian belum diputuskan.

Menerusi undian awal, Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama juara bertahan Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia