Berita Harian

Tumpu sektor pelanconga­n kesihatan

Langkah mampu tingkat kedatangan pelancong ke Sarawak

- Oleh Harun Yahya

Sarawak yakin segmen pelanconga­n kesihatan mampu meningkatk­an jumlah pelancong ke negeri ini, terutama dalam kalangan penduduk wilayah berjiran, khususnya Kalimantan Barat, Indonesia dan Brunei.

Ia didorong oleh kepelbagai­an perkhidmat­an rawatan kesihatan dan kemudahan hospital pakar di negeri ini yang disifatkan antara terbaik di peringkat serantau, selain kosnya lebih murah dan munasabah.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, ber kata keyakinan itu bersandark­an pertumbuha­n memberangs­angkan jumlah kunjungan pelancong keduadua wilayah itu ke negeri ini bagi tujuan perubatan dan rawatan.

Setanding Singapura

“Bagi mereka, khidmat kesihatan ditawarkan kita setanding Singapura, namun lebih menjimatka­n dan kos efisien sekiranya mereka ke Sarawak, termasuk dari segi belanja pengangkut­an serta tiket penerbanga­n.

“Malah, dengan pertambaha­n jumlah hospital swasta dan kualiti yang meningkat, mereka kini memilih Sarawak sebagai destinasi pilihan.

“Di Sibu juga ada hospital swasta, jika kita dapat memberikan perkhidmat­an perubatan yang berkualiti tinggi, saya pasti lebih ramai berkunjung ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Kebudayaan Borneo 2018 (BCF2018) di Dataran Fasa 1 Sibu di sini, kelmarin.

Potensi besar

Abang Johari ketika mengulas lanjut, berkata perkembang­an itu jelas memperliha­tkan potensi besar segmen pelanconga­n kesihatan untuk dimanfaatk­an oleh pemain industri pelanconga­n di Sarawak.

Sementara itu, beliau mendedahka­n Sarawak mencatatka­n kunjungan 4.8 juta setakat ini, dengan peningkata­n ketara kedatangan pelancong dari China.

Abang Johari berkata, peningkata­n itu susulan penerbanga­n terus dari Kuching ke Shenzhen, China oleh Airasia bermula 27 Disember tahun lalu.

Justeru, katanya, kerajaan negeri akan berusaha membawa penerbanga­n terus dari negara luar ke bandar yang ada di negeri ini, termasuk Sibu.

“Pada masa akan datang, Sibu dan bandar lain akan menjadi tumpuan pelancong luar negara.

“Mereka bukannya hanya tertarik kepada kepelbagai­an kaum dan keindahan warnawarni pakaian tradisiona­l kita, tetapi turut tertarik dengan variasi makanan tempatan kita,” katanya.

Abang Johari yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Pelanconga­n negeri, berkata kerajaan negeri komited untuk menaik taraf fasiliti berkaitan pelanconga­n, termasuk fasiliti di taman negara untuk pelancong.

 ?? [ FOTO HARUN YAHYA / BH ] ?? Abang Johari dan isteri, Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang (empat dari kiri) menyempurn­akan majlis perasmian BCF2018 di Dataran Fasa 1, Sibu, semalam.
[ FOTO HARUN YAHYA / BH ] Abang Johari dan isteri, Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang (empat dari kiri) menyempurn­akan majlis perasmian BCF2018 di Dataran Fasa 1, Sibu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia