Berita Harian

Sabah dapat tambahan RM2 juta untuk projek PPRT

-

Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutua­n akan menambah peruntukan sebanyak RM2 juta bagi projek membaik pulih dan membina kediaman menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Sabah.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Rina Harun, berkata penambahan itu menjadikan jumlah keseluruha­n baki peruntukan untuk PPRT di Sabah kini RM20 juta.

“Setakat Jun lalu, baki peruntukan untuk projek PPRT di Sabah adalah RM18 juta dan kita tambah lagi RM2 juta untuk memastikan keperluan rakyat dapat diberi keutamaan.

Projek kepentinga­n rakyat

“Walaupun ada kekangan kewangan negara kita hadapi sekarang, namun permintaan daripada rakyat itu mendesak, memang ada projek yang kita kaji semula dan ada diteruskan, yang penting ia projek kepentinga­n rakyat atau asas seperti PPRT, bekalan air dan elektrik luar bandar serta jalan raya diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick.

Sebelum ini, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kini dikenali Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, memperuntu­kkan RM66 juta untuk projek PPRT di Sabah, pada tahun ini.

Penuhi keperluan rakyat Sabah

Mengulas lanjut, Rina yang dalam lawatan dua hari ke Sabah sejak kelmarin, berharap akan terus bekerjasam­a dengan kerajaan negeri bagi memastikan keperluan rakyat luar bandar di Sabah dapat dipenuhi.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri memberi sokongan penuh dan akan memberi kerjasama kepada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Persekutua­n untuk memastikan kepentinga­n rakyat menjadi keutamaan.

“Ia penting kerana keperluan rakyat mendesak, khususnya di luar bandar yang masih memerlukan bantuan daripada kementeria­n.

“Kita utamakan projek asas seperti bekalan air dan elektrik serta jalan raya,” katanya.

 ??  ?? Rina Harun
Rina Harun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia