Berita Harian

Segera naik taraf Jalan Tanjong Pedada

Langkah untuk elak ditenggela­mi banjir

- Oleh Manorza Saraev

Lebih 1,800 penduduk rumah panjang di Tanjong Pedada di sini, berharap jalan raya di kawasan itu dinaik taraf bagi mengelak ditenggela­mi banjir seperti sering dihadapi setiap tahun.

Tuai Rumah Mawar Awang, berkata jalan raya yang memerlukan penambahba­ikan segera itu menjangkau jarak kira-kira satu kilometer, malah beliau berharap perkara itu diberikan perhatian sewajarnya.

“Kita sudah memaklumka­n pemasalaha­n itu kepada pihak yang berkenaan, namun masih belum ada sebarang maklum balas sehingga kini. Kita berharap perkara itu diberikan per- timbangan sewajarnya.

“Biasanya, apabila musim tengkujuh tiba, laluan ini akan ditenggela­mi banjir kerana kedudukann­ya yang agak rendah, sekali gus menyebabka­n penduduk terputus hubungan,” katanya ketika ditemui NSTP.

Lebih memeritkan, Mawar berkata, apabila berlaku kejadian air bertakung atau fenomena ‘banjir termenung’, ia mengambil masa lama untuk surut.

Sukarkan penduduk

“Pernah sampai tempoh sebulan untuk banjir surut sehingga menyukarka­n kehidupan penduduk,” katanya.

Mawar berkata, jalan raya itu yang mula beroperasi sejak 10 tahun lalu, adalah nadi kehidupan utama penduduk setempat.

“Ia perlu ditinggika­n sekurang-kurangnya antara 0.5 hingga 1.5 meter bagi mengelakka­n ia ditenggela­mi banjir, katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Mukah, Shafrie Sailj, berkata pihaknya sudah mengambil maklum perkara berkenaan.

“Pejabat Daerah Mukah sudah mengemukak­annya kepada agensi berkaitan dan akan membuat tindakan susulan dari semasa ke semasa,” katanya.

 ?? [ FOTO MANORZA SARAEV / BH ] ?? Keadaan jalan raya yang perlu dinaik taraf supaya tidak ditengelam­i air ketika musim banjir.
[ FOTO MANORZA SARAEV / BH ] Keadaan jalan raya yang perlu dinaik taraf supaya tidak ditengelam­i air ketika musim banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia