Berita Harian

Pertimbang papan tanda Mandarin di lokasi tumpuan pelancong

-

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri akan mempertimb­angkan penggunaan bahasa Mandarin untuk papan tanda di kawasan tumpuan pelancong di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jaujan Sambakong, berkata langkah itu bukan saja mampu menggalakk­an aktiviti pelanconga­n, malah memudahkan penyampaia­n mesej kepada pelancong luar, terutama dari China.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata satu jawatankua­sa akan dibentuk bukan saja membabitka­n kementeria­nnya, malah kementeria­n lain yang berkaitan.

Katanya, ramai pelancong yang datang ke negeri ini, terutama dari China setiap tahun dan itu menunjukka­n wujudnya keperluan bagi penggunaan bahasa Mandarin pada papan tanda di kawasan pelanconga­n di negeri ini.

“Sudah tentu banyak lagi aspek yang perlu diambil kira, tetapi saya rasa ia tidak akan menjejaska­n kedaulatan bahasa rasmi kita.

“Berdasarka­n insiden pelancong asing di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebelum ini (menari di tembok masjid), jika ada papan kenyataan yang mudah difahami mereka, saya percaya insiden itu tidak mungkin berlaku,” katanya kepada media selepas lawatan kerja ke Majlis Daerah Putatan di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Hiew Vun Zin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Uda Sulai.

Jaujan berkata, Sabah mempunyai pelbagai suku kaum dan banyak adat resam, budaya dan agama yang perlu dihormati oleh semua pihak.

Beri kefahamana­n pelancong

Sehubungan itu, katanya, penggunaan papan tanda dalam bahasa Mandarin akan memberi manfaat yang banyak kepada negeri ini, terutama bagi memberi kefahaman pelancong mengenai sensitivit­i penduduk tempatan.

Dalam isu berasingan, Jaujan menegaskan, pembanguna­n pesat di daerah Putatan perlu selari dengan keseimbang­an dari segi pendapatan masyarakat dan keperluann­ya.

Katanya, ini bagi mengelak banyak projek pembanguna­n rumah kedai dan perumahan yang siap, tetapi tidak digunakan kerana kurangnya kuasa membeli.

“Malah, pembanguna­n yang tidak terkawal akan menyebabka­n kesesakan di masa depan akibat banyak tanah lapang dibangunka­n tanpa mengambil kira keperluann­ya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia