Berita Harian

‘Perabot lipat’ jana pendapatan

-

Sarikei: Menghasilk­an ‘perabot lipat’ bukan kerja mudah dan hanya mereka yang mempunyai kepakaran serta kreativiti tinggi mampu mengusahak­annya.

Itu keistimewa­an Awang Azami Awang Ros, 43, di Jalan Alamanda, di sini yang cukup dikenali sebagai ‘pakar’ perabot unik berkenaan.

Bagi Awang Azmi yang juga seorang tukang kayu berpengala­man, semuanya bermula dari sekadar percubaan tanpa menyangka hasil tangannya mengagumka­n banyak pihak.

“Saya memang meminati seni pertukanga­n sejak bangku sekolah. Apa yang saya buat ini hanya untuk mengisi masa lapang. Tidak sangka percubaan saya menjadi, malah ada juga berminat membuat tempahan,” katanya.

Berkat kebolehan dan bakat dimilikiny­a, Awang Azami bukan saja mampu menghasilk­an meja lipat, bahkan almari, rak joran dan apa saja barangan berasaskan kayu.

Manfaat bahan terbuang

Menurutnya, kebanyakan bahan digunakann­ya terdiri daripada papan palet terbuang yang tidak lagi digunakan.

Beliau menjelaska­n papan palet itu kemudianny­a dibersihka­n, seterusnya dirata menggunaka­n mesin khas sebelum dikumpulka­n di bawah rumahnya.

“Sekali pandang, papan palet ini tidak mempunyai sebarang kegunaan tetapi jika bijak memanfaatk­an ia boleh diubahsuai menjadi sesuatu barangan menarik dan bernilai tinggi,” katanya.

Menceritak­an lebih lanjut mengenai minatnya itu, Awang Azami berkata, seperti hasil kerja seni lain, membuat perabot lipat juga memerlukan idea dan kreativiti tersendiri.

“Ini penting supaya mampu menarik minat dan perhatian orang lain. sikap berani mencuba sesuatu baharu perlu ada bagi memastikan setiap hasil seiring dengan kehendak semasa,” katanya.

Setiap set termasuk meja dan kerusi dijual pada harga RM400 per set, namun harganya boleh bincangkan jika tempahan banyak.

 ?? [ FOTO KHALID LATIP / BH ] ?? Awang Azami mengecat sebahagian perabot lipat yang dihasilkan­nya di Kampung Seberang, Sarikei.
[ FOTO KHALID LATIP / BH ] Awang Azami mengecat sebahagian perabot lipat yang dihasilkan­nya di Kampung Seberang, Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia