Berita Harian

Nasib ibu tunggal lima anak dibela

Ahli Parlimen Sandakan ziarah, sampaikan sumbangan

- Oleh Hazsyah Abdul Rahman

Nasib ibu tunggal lima anak yang berdepan kesempitan hidup hingga mereka sekeluarga terpaksa makan bubur berlaukkan garam mendapat perhatian Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong.

Wong meluangkan masa melawat Rosinah Hussin, 34, serta lima anaknya di sebuah rumah usang di Kampung TB Ward, dekat Batu Dua di sini, dan menyampaik­an sumbangan bagi meringanka­n beban mereka sekeluarga, kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat negeri, berkata pihaknya akan berusaha membantu Rosinah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Setinggan Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) bagi mendapatka­n rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Difahamkan keluarga ini tinggal di situ lebih 10 tahun lalu dan rumah didiami mereka adalah hasil sumbangan daripada sebuah madrasah di Sandakan.

“Ibu kepada kanakkanak ini mencari rezeki dengan menjual tin kosong dan besi buruk. Kehidupan yang susah ini menyebabka­n keluarga ini makan bubur berlaukkan garam untuk meneruskan hidup,” katanya.

Makan bubur berlauk garam

Sebelum ini, NSTP melaporkan kesempitan enam beranak itu yang terpaksa makan bubur berlauk garam atau dua biji telur yang dikongsi lima orang kerana tiada wang untuk membeli makanan, selain tinggal di pondok usang beratap bocor menyebabka­n mereka basah jika hujan.

Nasib keluarga terbabit turut mendapat perhatian sekum pulan sukarelawa­n madrasah yang datang ke kampung berkenaan, barubaru ini.

Rosinah berkata, dia bersyukur dengan bantuan dihulurkan pelbagai pihak bagi membina rumah baharu menggantik­an pondok usang didiaminya, serta usaha mendapat rumah PPR.

Sementara itu, Pengerusi Madrasah Darrus Sunnah (MADS), Norazam Hashimudin, berkata pihaknya hanya menyampaik­an sedekah dan dana daripada pihak Projek Infaq Quran Daily Malaysia (PIQD) yang disalurkan untuk penduduk miskin.

“Rancangan awal kami untuk kakak ini adalah membaik pulih kediaman mereka.

“Namun, seorang ahli PIQD menderma RM3,000 selepas mendengar maklumat berkaitan keluarga terbabit, lalu kami membuat keputusan membina rumah baharu untuk mereka.

“Dengan sumbangan itu, kami segera mencari tukang rumah, beli peralatan dan menyiapkan rumah berkenaan, selain beli barangan keperluan asas bagi kegunaan sebulan,” katanya.

Manamana pihak yang ingin menyalurka­n bantuan kepada ibu tunggal berkenaan boleh menghubung­i Rosinah di talian 0164680787 atau menyumbang derma terus ke nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1212941000­125376 atas nama Rosinah Hussin.

 ?? [ FOTO IHSAN PEJABAT AHLI PARLIMEN SANDAKAN ] ?? Wong (kiri) melawat dan menyampaik­an sumbangan kepada Rosinah (kanan) di rumahnya di Kampung TB Ward, Sandakan, semalam.
[ FOTO IHSAN PEJABAT AHLI PARLIMEN SANDAKAN ] Wong (kiri) melawat dan menyampaik­an sumbangan kepada Rosinah (kanan) di rumahnya di Kampung TB Ward, Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia