Berita Harian

Enam nelayan bot tunda kena tahan

-

Kota Kinabalu: Tindakan enam nelayan bot tunda menangkap ikan di kawasan kurang tiga batu nautika dari pantai membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Dalit, Tuaran, kelmarin.

Enam nelayan warga Indonesia termasuk tekong berusia antara 21 hingga 43 tahun yang berada di bot berkenaan ditahan selepas dikesan melakukan aktiviti itu, kirakira jam 6 petang.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz, berkata ketika bot ronda Maritim melakukan rondaan Ops Sejahtera, sebuah bot nelayan jenis tunda dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

“Bot itu ditahan kerana melanggar syarat sah lesen mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada tiga batu nautika daripada kawasan darat.

“Semua awakawak termasuk tekong dan hasil ikan lebih 300 kilogram serta bot diiringi masuk ke jeti Maritim Malaysia di Sepanggar,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Adam turut menasihatk­an semua nelayan supaya mematuhi undangunda­ng dan tidak melanggar syarat sah lesen masingmasi­ng.

“Saya ingin mengingatk­an supaya semua pengusaha bot tidak mementingk­an keuntungan sematamata sehingga menyebabka­n sumber ikan berkuranga­n dan seterusnya pupus,” katanya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia sentiasa mengambil berat terhadap sebarang aduan yang diterima dan sentiasa memantau aktiviti bot nelayan di perairan negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia