Berita Harian

7 ‘tokan syabu’ warga Indonesia dicekup

Polis turut rampas bahan terlarang sudah siap diproses

- Oleh Erika George

Tujuh warga Indonesia dipercayai ‘tokan syabu’ yang bergerak aktif di daerah ini ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Abang Galau di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 1.30 petang itu, polis turut merampas syabu seberat 34.07 gram yang sudah siap diproses dan menunggu masa untuk diedarkan.

Berdasarka­n modus operandi digunakan, polis tidak menolak kemungkina­n kumpulan terbabit bertumpu kepada pengedaran syabu dalam kalangan warga asing di daerah ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superinten­dan Sahar Abdul Latif, dalam satu kenyataann­ya, memaklumka­n kese mua suspek, termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 32 tahun itu ditahan hasil maklumat risikan serta intipan.

Dadah dalam tiub minuman

“Hasil pemeriksaa­n menemui satu peket plastik lut sinar mengandung­i empat lagi peket kecil mengandung­i syabu.

“Malah, hasil pemeriksaa­n ke atas salah seorang suspek turut menemui tiga keratan tiub minuman berisi ketulan kristal dipercayai syabu dalam kocek kiri seluarnya,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kesemua suspek mendapati lima daripadany­a disahkan positif methamphet­amine.

Difahamkan, kesemua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu kini ditahan di Balai Polis Sentral Bintulu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia