Berita Harian

Kumpulan pecah rumah tersungkur

-

Kuching: Kumpulan pecah rumah yang dikesan aktif di Padawan dan kawasan sekitarnya, di sini ditumpaska­n polis dalam satu operasi khas semalam.

Dalam dua serbuan berasingan bermula jam 4 pagi hingga 6.30 pagi di Batu Kawa dan Kota Sentosa, tujuh suspek lelaki berusia 17 hingga 33 tahun, dipercayai anggota kumpulan itu berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superinten­dan Aidil Bolhassan, berkata serbuan itu bertindak atas maklumat risikan susulan aduan awam mengenai kegiatan kumpulan terbabit yang mencurigak­an.

Aktif sejak dua tahun

Menurutnya, kumpulan berkenaan aktif melakukan jenayah di sekitar daerah ini sejak tahun lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan di dua rumah berkenaan, polis merampas tiga komputer riba, lapan telefon bimbit, pedang, pisau dan pelbagai barangan lain.

“Polis juga menemui 10 butir peluru pelbagai saiz yang dipercayai diperoleh daripada kegiatan pecah rumah yang dilakukan suspek.

“Siasatan awal mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitka­n kes penyalahgu naan dadah,” katanya.

Penahanan bantu selesai kes

Aidil berkata, penahanan suspek dipercayai mampu menyelesai­kan beberapa kes pecah rumah di sekitar Padawan dan Siburan.

Tambahnya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1960.

“Polis juga akan menyemak rekod suspek sekiranya terbabit dengan kegiatan sama di daerah lain,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN POLIS ] ?? Barang rampasan polis daripada kumpulan pecah rumah yang aktif di daerah Padawan, semalam.
[ FOTO IHSAN POLIS ] Barang rampasan polis daripada kumpulan pecah rumah yang aktif di daerah Padawan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia