Berita Harian

KEMENTERIA­N KESIHATAN NAFI ARAH TUTUP KLINIK 1MALAYSIA

-

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan belum memuktamad­kan atau memberi arahan penutupan terhadap beberapa Klinik Komuniti/klinik 1Malaysia di Lembah Klang sebagaiman­a tular di media sosial, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya masih menjalanka­n proses kaji semula, malah, keputusan itu masih perlu dimurnikan sebelum dimuktamad­kan oleh pengurusan tertinggi kementeria­n.

“Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat mengenai perkara ini (penutupan klinik) dan kementeria­n memberi jaminan, proses penutupan klinik yang berkaitan di bawah penjenamaa­n semula ini akan dijalankan dengan tertib, bagi menjamin kelangsung­an perkhidmat­an kesihatan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beberapa notis penamatan perkhidmat­an Klinik 1Malaysia tular semalam membabitka­n Klinik 1Malaysia Damansara Damai; Klinik 1Malaysia Seksyen 24 Shah Alam; Klinik 1Malaysia Kelana Jaya; Klinik 1Malaysia USJ 1 Subang Jaya dan Klinik 1Malaysia Puchong Jaya.

Berdasarka­n notis berkenaan, tarikh penutupan bagi klinik berkenaan berbeza-beza iaitu iaitu bermula 16 Ogos dan 1 September.

Notis itu turut mencadangk­an kepada pesakit supaya mendapatka­n perkhidmat­an di klinik kesihatan lain yang berhampira­n.

Sebanyak 347 Klinik 1Malaysia beroperasi di seluruh negara yang menyediaka­n perkhidmat­an bukan sahaja kepada golongan sasar, malah kepada setiap golongan masyarakat setempat.

Kes HFMD

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmat­an Bilangan 11/2016 memberi cuti kuarantin kepada kakitangan kerajaan, sekiranya anak atau jagaannya menghidap enam jenis penyakit termasuk jangkitan tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Ia bagi memudahkan ibu atau bapa menguruska­n anak, khususnya apabila dimasukkan ke wad atau apabila pusat jagaan anak diarahkan tutup oleh pihak berkuasa.

“Pada masa sama, wakil Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia yang turut serta dalam mesyuarat itu akan meneliti perkara berkenaan (cuti kuarantin) sekiranya mahu langkah sama diambil oleh sektor swasta,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 35,886 kumulatif kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di seluruh negara bermula 1 Januari hingga 23 Julai lalu.

Dr Noor Hisham berkata, kebanyakan negeri menunjukka­n peningkata­n kes pada tahun ini berbanding tahun lalu, kecuali negeri Sarawak.

“Jumlah premis ditutup di seluruh negara kini adalah 469 buah iaitu 217 taska, 223 tadika atau prasekolah, beberapa kelas dari 27 sekolah, sebuah sekolah di Pulau Pinang dan Pahang.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia