Berita Harian

1,000 penduduk Likas hilang tempat tinggal

Kebakaran terlalu cepat merebak, tiada kehilangan nyawa dilaporkan

- Oleh Norasikin Daineh

Hampir 1,000 penduduk hilang tempat tinggal selepas 150 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamat­a 2, Likas, semalam.

Dalam kejadian pada jam 2 petang itu, api dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain, selain diperbuat daripada papan.

Seorang wanita melecur di bahagian belakang badan, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam tragedi itu.

Kebanyakan penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila tidak sempat menyelamat­kan barangan berharga.

41 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kota Kinabalu, Hamsah Isnurdini, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.17 petang sebelum menghantar lima jentera bersama 41 anggota ke lokasi kejadian.

“Sebanyak 10 rumah sudah terbakar ketika anggota kami tiba di lokasi. Api berjaya dikawal pada jam 3 petang sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.52 petang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Berdepan kesukaran

Hamsah berkata, pihaknya turut berhadapan dengan kesukaran ketika memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

“Kedudukan rumah terlalu rapat menyukarka­n anggota bomba bergerak dan mengawal api. Selain itu, laluan yang sempit dan orang terlalu ramai juga antara kesulitan yang kami hadapi untuk memadamkan kebakaran ini,” katanya.

Katanya, pihaknya turut menerima bantuan daripada pasukan bomba sukarelawa­n dan penduduk kampung.

“Penduduk kampung ramai yang cuba membantu memadamkan kebakaran, namun pihak bomba ada prosedur dalam memadam api bagi menghalang kebakaran merebak.

“Kerjasama penduduk sangat diperlukan jika berlaku kebakaran seperti ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] ?? Anggota bomba berusaha memadamkan api yang marak di Kampung Cenderamat­a 2, Likas, semalam.
[FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] Anggota bomba berusaha memadamkan api yang marak di Kampung Cenderamat­a 2, Likas, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia