Berita Harian

3 akta baharu elak krisis agama, kaum

3 rang undang-undang dibentang kekal perpaduan, elak kes rasis

- Oleh Rohaniza Idris, Julia Fiona dan Luqman Arif Abdul Karim

Akta Kebencian Agama dan Kaum akan digubal bagi menyekat budaya mencaci, memaki agama dan kaum yang dilihat semakin meruncing di Malaysia. Dua undang-undang lain ialah Akta Anti-diskrimina­si dan Akta Suruhanjay­a Harmoni dan Perdamaian

Kerajaan akan memperkena­lkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi menyekat budaya mencaci dan memaki agama yang ada di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata akta itu bagi melindungi semua agama di negara ini.

Katanya, dengan adanya akta khusus itu, tindakan boleh di ambil kepada sesiapa sahaja yang mencaci atau memaki Islam dan semua agama yang ada di negara.

“Akta ini bukan sahaja untuk orang Islam tetapi bagi menjamin pelbagai agama dan kaum yang ada dalam negara ini,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-UMNO Kuala Krau) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, semalam.

Ismail ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menggubal undang-undang bagi melindungi Islam yang sering dicaci di laman sosial sejak kebelakang­an ini.

Mujahid berkata, akta itu bukan sahaja mendidik rakyat menghormat­i Islam sebagai agama rasmi Persekutua­n tetapi juga agama lain dihormati dan bebas diamalkan.

Katanya, bagi kes menghina Islam, pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan daripada polis untuk tindakan lanjut.

Akta Kebencian Agama dan Kaum adalah antara tiga akta baharu yang akan digubal kerajaan bagi memperkasa usaha membendung polemik berkaitan agama dan kaum yang dilihat semakin meruncing di negara ini.

Dua lagi undang-undang ialah Akta Antidiskri­minasi dan Akta Suruhanjay­a Harmoni dan Perdamaian. Tiga akta berkenaan sepatutnya dibentang pada 2004 tetapi ditangguhk­an.

Mujahid berkata, pembentang­an tiga rang undang-undang (RUU) berkenaan tidak akan dilakukan pada sidang Parlimen kali ini kerana masa yang terhad.

Katanya, ulasan perlu diperoleh daripada Pejabat Peguam Negara terlebih dahulu, sebelum draf RUU berkenaan dibentangk­an ke Kabinet dan melalui proses rundingan awam membabitka­n pihak berkepenti­ngan.

“Dalam manifesto, kita ada sebut satu Suruhanjay­a Keharmonia­n Rakyat, maka ideanya ialah untuk memperkena­lkan RUU bagi menjaga perpaduan dan meletakkan hukuman berat kepada manamana pihak yang melemparka­n pandangan ekstrem serta bersifat perkauman.

Tangani isu perpaduan, kebencian agama

“Undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan, masih tidak berupaya menangani isu berkaitan perpaduan atau kebencian agama secara khusus.

“Ia hanya bersifat umum dan dalamnya termasuk peruntukan berkaitan tindakan yang mencetuska­n kebencian kaum dan agama,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir menyampaik­an kuliah dan merasmikan Seminar Saintifik, mengenai Ekstremis Takfiri dan Mencetuska­n Perpecahan dalam Dunia Islam di Universiti Malaya, di sini.

Mengulas lanjut, Mujahid turut memberi jaminan penggubala­n tiga akta baharu itu tidak akan mewujudkan pertindiha­n perundanga­n dengan peruntukan sedia ada, khususnya Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

“Pasti (tiada pertindiha­n dengan akta hasutan), sebab itu saya kata, perlu dapat persetujua­n AG (Peguam Negara) menerusi ulasannya untuk mengelak sebarang percanggah­an.

“Kita ingin tegaskan bahawa peruntukan baharu ini tidak menyebelah­i mana-mana pihak, sebaliknya sebarang penghinaan terhadap agama dan kaum di Malaysia akan dikenakan tindakan.

“Matlamat kerajaan ialah supaya diwujudkan satu akta yang lebih khusus kerana walaupun Islam adalah agama Persekutua­n, Allah menghalang kita menghina agama lain,” katanya.

Bagi menjamin penggubala­n draf tiga akta itu dibuat secara menyeluruh, Mujahid berkata, panel rundingan membabitka­n pakar agama, perundanga­n dan akademik akan diundang secepat mungkin.

Beliau berkata, perbincang­an pertama secara umum berkaitan isu berbangkit, termasuk tiga akta berkenaan akan diperhalus­i dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 31 Julai ini.

“Dalam pertemuan ini, kita turut mengundang lebih 40 ulama bagi membincang­kan pelbagai perkara seperti hal ehwal pentadbira­n dan penggubala­n tiga akta berkenaan,” katanya.

Kita ingin tegaskan bahawa peruntukan baharu ini tidak menyebelah­i mana-mana pihak, sebaliknya sebarang penghinaan terhadap agama dan kaum di Malaysia akan dikenakan tindakan”

Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
 ?? [FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] ?? Mujahid menerima cenderahat­i daripada Presiden ASIA WE, Profesor Dr Syed Farid Alatas pada Seminar Saintifik, mengenai Ekstremis Takfiri dan Mencetuska­n Perpecahan dalam Dunia Islam di Universiti Malaya, semalam.
[FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] Mujahid menerima cenderahat­i daripada Presiden ASIA WE, Profesor Dr Syed Farid Alatas pada Seminar Saintifik, mengenai Ekstremis Takfiri dan Mencetuska­n Perpecahan dalam Dunia Islam di Universiti Malaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia