Berita Harian

DAP MINTA RAMASAMY PERJELAS ISU TERBABIT TAMIL EELAM

DAP serah kepada polis siasat dakwaan, laporan

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

DAP meminta Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy memberi penjelasan berhubung dakwaan mengaitkan­nya dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Naib Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow, berkata parti itu akan meneliti penjelasan Ramasamy, namun tidak menyatakan tindakan lanjut yang akan dilakukan terhadapny­a.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, dakwaan terbabit wajar dijelaskan sendiri oleh Ramasamy berikutan beliau terbabit sebagai ‘perunding perdamaian’ antara kerajaan Sri Lanka dan LTTE.

“Lebih sesuai memberi pencerahan sejelas-jelasnya kepada mana-mana pihak yang inginkan penjelasan kerana dia yang mengambil bahagian dalam misi keamanan, bukan sahaja di Sri Lanka tetapi di Aceh, sebelum beliau menceburi politik.

“Kita boleh minta beliau serahkan penjelasan itu juga kepada parti untuk diteliti.

“Saya belum berbincang perkara ini dengannya, namun ini bukan kali pertama dakwaan ini timbul.

Bertindak sebagai perunding perdamaian

“Ini berlaku atas kapasitiny­a sebagai peace maker. Apa maksud peace maker itu biar beliau jelaskan,” katanya ketika ditemui di Parlimen, semalam.

Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Tanjong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, ditanya mengenai gesaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, yang mahu DAP menyatakan pendirian parti itu terhadap Ramasamy yang juga Ahli Jawatankua­sa Eksekutif Pusat DAP, susulan dikaitkan dengan kumpulan pengganas LTTE.

Jumaat lalu, Ramasamy dilaporkan menafikan pembabitan­nya dengan LTTE, sebaliknya beliau dilantik sebagai perunding proses perdamaian antara Kerajaan Sri Lanka dan kumpulan LTTE pada 2003, atas kapasiti Pensyarah Ekonomi Politik dan Pengurusan Antarabang­sa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sebelum ini, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A Thaiveegan, berkata siasatan seterusnya akan dikendalik­an oleh Bukit Aman kerana lebih 60 laporan polis sudah dibuat di seluruh negara berhubung perkara itu.

Sejak awal bulan ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap Ramasamy berikutan ‘bukti’ yang mengaitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu terbabit dengan kumpulan LTTE di Sri Lanka, tersebar di laman sosial.

Antara bukti itu adalah satu gambar Ramasamy yang dikatakan menyembah senjata AK-47, namun Ramasamy menafikan dakwaan itu dan menjelaska­n, gambar itu memaparkan dirinya di tugu peringatan mangsa pembunuhan beramai-ramai dalam konflik etnik Sri Lanka.

Ditanya sama ada DAP memandang serius dakwaan dan laporan polis terhadap Ramasamy, Kon Yeow menyerahka­nnya kepada polis untuk menjalanka­n siasatan.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang, ketika diminta mengulas isu sama hanya mendiamkan diri dan tidak mengulas.

Ini berlaku atas kapasitiny­a sebagai peace maker. Apa maksud peace maker itu biar beliau jelaskan”

Chow Kon Yeow, Naib Pengerusi DAP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia