Berita Harian

ZAHID BAKAL PENGERUSI PAC?

Pelantikan Ketua Pembangkan­g sebahagian janji manifesto PH pada PRU-14

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming, memberi bayangan Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkemungk­inan akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Katanya, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat akan berbincang dan membangkit­kan perkara itu dalam pertemuan mingguan mereka dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, esok.

Komited laksana janji

Walaupun ia belum diputuskan, katanya, kerajaan komited untuk melaksanak­an perkara itu berikutan ia adalah sebahagian daripada janji Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Pejabat Speaker akan bertemu dengan menteri bertanggun­gjawab dalam hal ehwal Parlimen, kemudian kami akan umumkan sekiranya ada keputusan dibuat.

“Sudah tentu kami serius untuk menunaikan manifesto, itu antara sebab mengapa kami akan membincang­kan perkara ini. Jika tak serius, kami tak akan bincang mengenainy­a,” katanya ketika ditemui di Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaan kerajaan untuk menunaikan janjinya melantik Ketua Pembangkan­g mengetuai PAC.

Proses pendemokra­sian

Sebelum ini, Ketua Setiausaha PH yang juga Menteri Luar, Datuk Saifuddin, Abdullah dilaporkan berkata penubuhan Jawatankua­sa Parlimen dan pelantikan Ketua Pembangkan­g sebagai Pengerusi PAC antara proses pendemokra­sian yang bakal dilaksanak­an kerajaan.

Ditanya bila keputusan pelantikan Ahmad Zahid itu akan diumumkan, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan daripada DAP, berkata ia perlu diputuskan dalam sidang ini.

Pejabat Speaker akan bertemu dengan menteri bertanggun­gjawab dalam hal ehwal Parlimen, kemudian kami akan umumkan sekiranya ada keputusan dibuat. Sudah tentu kami serius untuk menunaikan manifesto” Nga Kor Ming, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia