Berita Harian

SEMUA JABATAN, AGENSI KERAJAAN PERLU WUJUD TASKA JANUARI DEPAN

Keutamaan di agensi kakitangan bekerja syif

- Oleh Rohaniza Idris

Menjelang Januari tahun depan, semua agensi dan jabatan kerajaan digalak mewujudkan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di tempat kerja masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keutamaan diberikan kepada agensi kerajaan yang mempunyai kakitangan bekerja secara syif.

Katanya, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga mahu bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan supaya TASKA dapat diwujudkan di sekolah untuk kemudahan guru.

“Bagi sektor awam, subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sebanyak RM180 sebulan bagi seorang anak kepada pegawai perkhidmat­an awam yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan disediakan berdasarka­n Surat Pekeliling Perkhidmat­an Bilangan 38 Tahun 2013.

Pengecuali­an cukai

“Bagi sektor swasta pula, insentif pelepasan cukai boleh dituntut dari kerajaan mengikut pekeliling Jabatan Hasil Dalam Negeri bertarikh 15 Februari 1996 yang mana pengecuali­an cukai 10 peratus selama 10 tahun untuk ubah suai dan penyenggar­aan bangunan bagi penyediaan TASKA,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-rantau Panjang) di Dewan Rakyat semalam.

Siti Zailah mahu mengetahui mengenai langkah mengawal selia pusat asuhan kanak-kanak termasuk di rumah persendiri­an supaya tragedi penderaan tidak berulang.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, selain itu kementeria­n menganjurk­an Bengkel Pindaan Akta Taman Asuhan Kanakkanak (Akta 308) yang diadakan pada 11 Julai 2018 bagi memantapka­n kawal selia TASKA di seluruh negara.

Katanya, bagi memastikan tahap penyampaia­n perkhidmat­an taman asuhan yang dikendalik­an oleh pengusaha berada di tahap keselamata­n yang tinggi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengumpul notifikasi pengasuh di rumah bagi individu yangmengas­uh kanak-kanak kurang daripada empat orang yang berusia empat tahun ke bawah.

JKM bimbing pengasuh

Selain itu, katanya JKM membimbing pengasuh dan memberi maklumat mengenai Kursus Asuhan PERMATA dan program, seminar dan taklimat berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak melalui 42 agensi latihan yang diiktiraf oleh JKM.

”Usaha ini adalah untuk meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n pengasuh dalam bidang berkenaan.

“Mengadakan pelbagai program untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat dan ibu bapa mengenai kepentinga­n dan kelebihan menghantar anak ke TASKA yang berdaftar dengan JKM.

“Contohnya Program Jom Daftar dan membuka kaunter maklumat pameran dalam program yang dianjurkan oleh Jabatan dan agensi kerajaan yang lain” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata, bagi memastikan isu itu dapat ditangani dengan lebih menyeluruh, satu Jawatankua­sa Khas diwujudkan bagi membolehka­n satu piawaian kompetensi untuk diguna pakai oleh pengasuh kanak-kanak yang merangkumi aspek keselamata­n, latihan dan kemahiran asas yang diperlukan oleh seorang pengasuh.

Jawatankua­sa itu juga katanya bagi mengawal selia keperluan untuk mewajibkan pengasuh kanak-kanak mendaftar dengan JKM.

Beliau berkata, jawatankua­sa itu juga bekerjasam­a dengan agensi perundanga­n untuk memastikan dan memperkuku­hkan bukti pendakwaan bagi prosiding mahkamah yang membabitka­n kes kesalahan pengasuhka­nak-kanak.

“Dalam masa sama jawatankua­sa itu mengkaji kos yang terbabit dalam pengurusan pengasuhan kanak-kanak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia