Berita Harian

Cadangan terima pelbagai reaksi

-

Kuala Lumpur: Langkah kerajaan menggalakk­an penubuhan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di semua agensi dan jabatan kerajaan menjelang Januari tahun depan menerima pelbagai reaksi daripada banyak pihak.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) menyifatka­n pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tepat pada masanya.

Presidenny­a, Datuk Azih Muda, berkata inisiatif itu memudahkan ibu bapa yang tidak perlu bergegas menghantar atau mengambil anak di TASKA yang jauh daripada tempat kerja.

Beliau berkata, isu berkenaan sebenarnya sudah lama dibangkitk­an untuk diberi perhatian oleh kerajaan kerana ia membabitka­n kebajikan pekerja dan keluarga.

“Dengan 60 peratus kakitangan awam adalah wanita, keputusan itu sangat tepat pada masanya,” katanya.

Langkah baik

Sementara itu, aktivis Kanak-kanak, Datin PH Wong, berkata walaupun langkah diumumkan kerajaan itu baik, elemen keselamata­n dan kesihatan perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, berkata menguruska­n TASKA di tempat kerja tidak semudah yang disangkaka­n kerana ia membabitka­n kos tinggi walaupun mendapat subsidi daripada kerajaan.

“Ramai yang gagal kerana ia membabitka­n kos tinggi dengan nisbah tenaga pengajar antara tujuh hingga lapan orang bagi 30 kanak-kanak bawah usia empat tahun.

“Begitu juga dengan aspek lain termasuk sijil kelayakan pengasuh, ciri keselamata­n dan kesihatan makanan yang tidak boleh dipandang mudah,” katanya.

Pengerusi TASKA PERMATA Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Dr Yasmin Anum Mohd Yusof, berkata majikan di pelbagai sektor patut merealisas­ikan TASKA di tempat kerja kerana ia menjadi antara faktor ramai wanita berhenti kerja.

Katanya, walaupun membabitka­n kos tinggi tetapi ia memberi impak positif terhadap bidang kerjaya dan pembanguna­n ekonomi sesebuah keluarga.

“Aspek kualiti perlu diberikan perhatian dan berharap ia tidak direalisas­ikan sekadar melepaskan batuk di tangga,” katanya.

Bagaimanap­un, Pengarah Eksekutif Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan menyifatka­n TASKA ditempat kerja sebagai tidak praktikal dan rumit untuk dilaksanak­an.

Katanya, beliau lebih tertarik dengan pusat penjagaan komuniti yang dibina di kawasan perumahan.

“Pusat penjagaan komuniti membantu perkembang­an sosial kanak-kanak kerana ia diadakan di kawasan perumahan yang lebih sejahtera berbanding persekitar­an pejabat yang kurang memberangs­angkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia