Berita Harian

TPM terima kunjungan saintis muda

-

Putrajaya: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam menerima kunjungan hormat saintis muda Malaysia, Dr Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah yang baru-baru ini dinobatkan sebagai juara dunia pertanding­an Famelab Internatio­nal 2018.

Pertemuan hampir sejam itu berlangsun­g di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Yang turut hadir, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Asma Ismail.

TPM bangga kejayaan Dr Siti Kayriyyah

Wan Azizah berkata, beliau bangga dengan kejayaan Dr Siti Kayriyyah yang membuktika­n keupayaan rakyat Malaysia di pentas dunia.

“Beliau menunjukka­n kualiti rakyat Malaysia terutama wanita yang mampu bersaing di persada antarabang­sa dan berjaya mengalahka­n semua peserta dari seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pertanding­an yang diadakan di The Arena, Cheltenham pada 7 Jun lalu itu, Dr Siti Kayriyyah, 33, yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Hayat, USM, berjaya menewaskan 11 peserta lain melalui pembentang­an mengenai penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk diagnosis tibi.

Sementara itu, Dr Siti Kayriyyah berkata, dalam pertemuan bersama Dr Wan Azizah, mereka membincang­kan usaha yang boleh dilakukan bagi melonjakka­n wanita terutama dalam bidang sains untuk menjadi pemimpin dan penyampai yang baik.

“Malaysia antara negara yang mempunyai ramai wanita yang terbabit dalam bidang sains namun terdapat kekangan yang menyebabka­n pemimpin itu tidak lahir dalam kalangan wanita.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Dr Wan Azizah menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Dr Siti Kayriyyah selepas dinobatkan juara dunia dalam pertanding­an Famelab Internatio­nal 2018 di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Dr Wan Azizah menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Dr Siti Kayriyyah selepas dinobatkan juara dunia dalam pertanding­an Famelab Internatio­nal 2018 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia