Berita Harian

Hak Bumiputera dijamin

Kerajaan berlaku adil kepada kaum lain

- Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Penelitian semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan dilaksanak­an kerajaan masih menjamin hak Bumiputera, selain berlaku adil terhadap keperluan semua kaum lain di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak.

Menteri Hal Ehwal Eknomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata apa sahaja dasar yang dilakukan kerajaan, ia berdasarka­n keperluan menyeluruh dan bukannya mengikut kaum.

Beliau berkata, pengagihan ekonomi mesti dilakukan secara adil dan saksama kepada rakyat seluruh Malaysia tanpa mengetepik­an hak dan keperluan Bumiputera.

“Kita mesti juga berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia sebab ada keperluan untuk masyarakat India di kawasan ladang dan luar bandar, peniaga Cina juga perlukan perhatian kerajaan.

“Golongan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak juga perlu mendapat perhatian serius daripada kerajaan,” katanya di kepada media di lobi Bangunan Parlimen, di sini, semalam.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menjawab soalan media apakah penelitian semula DEB dan MED bermaksud kerajaan akan menghapusk­an sebarang dasar melindungi hak Bumiputera di negara ini.

Azmin dalam laporan BH semalam berkata, penjajaran semula kedua-dua dasar itu sama ada ia masih relevan atau sebaliknya bertujuan memastikan pertumbuha­n ekonomi negara mapan dan berupaya menjamin pengagihan yang adil.

Dalam jawapan bertulis kepada William Leong Jee Keen (PH-PKR Selayang) di Dewan Rakyat kelmarin, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, dasar baharu yang lebih responsif kepada aspirasi rakyat akan digubal berdasarka­n keperluan dan hala tuju pembanguna­n sosioekono­mi negara.

Merangka pelan

Beliau berkata, penyediaan dokumen Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKE-11) dijajarkan semula dengan hala tuju baharu dan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) susulan perubahan tampuk kerajaan pada 10 Mei lalu.

Ditanya, bilakah ia akan dilaksanak­an, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, perkara itu sedang dilihat Unit Perancang Ekonomi.

“Diharapkan sebahagian­nya dapat diperkenal­kan pada penilaian separuh penggal yang akan dibentangk­an pada November ini.

“Sekarang kami sedang merangka pelan untuk tempoh lima tahun, tetapi apabila kita bercakap mengenai polisi kestabilan ekonomi, ia tentunya mengambil masa lebih lama daripada itu.

“Sama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad memperkena­lkan Wawasan 2020, ia pelan jangka panjang untuk hari ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia