Berita Harian

Pindaan harus lebih baik: Najib

-

Kuala Lumpur: Pindaan terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Model Ekonomi Baru (MEB) diharap bukan bersifat ‘pindaan kosong’ yang tidak membawa sebarang kebaikan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pindaan itu sebaliknya haruslah membawa kepada suatu penambahba­ikan daripada apa yang telah dilakukan kerajaan terdahulu.

“Kalau (pindaan) menimbulka­n banyak ketidakten­tuan maka ini boleh jejaskan keyakinan pasaran (pelabur) kepada ekonomi Malaysia,” katanya ditemui di lobi Bangunan Parlimen di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau tidak pasti dengan apa yang hendak dilakukan kerajaan Pakatan Harapan.

“Tetapi kita (Barisan Nasional) telah buktikan antaranya pengiktira­fan oleh World Economic Forum meletakkan Malaysia sebagai negara ke-23 paling kompetitif di dunia.

“Kedua, ikut pada andaian bank dunia, kita di ambang ekonomi yang boleh diiktiraf sebagai negara ekonomi maju dalam masa beberapa tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden GERAKAN, Datuk Kohilan Pillay, berkata dasar lapuk yang tidak berjaya memajukan masyarakat terutama orang Melayu dan Bumiputera perlu dilihat semula.

Komprehens­if dan holistik

Sehubungan itu, katanya, parti itu berharap kajian semula DEB dan MEB mengandung­i rancangan yang komprehens­if dan holistik untuk dimanfaatk­an sekali gus dapat memajukan semua kaum.

“DEB dan MEB perlu mengandung­i inisiatif yang dapat menyusun semula masyarakat dengan menyediaka­n peluang pekerjaan selain menumpukan kepada usaha-usaha menanam integrasi kaum. Dasar yang menjadi penghalang besar kepada Bekas Perdana Menteri perpaduan perlu dikaji semula,” katanya menerusi Whatsapp, semalam.

Kohilan juga mencadangk­an supaya kerajaan mengimbau hasil daripada pelaksanaa­n DEB dan MEB versi lama.

Sekiranya impak tidak begitu memberangs­angkan, beliau berkata, langkah kerajaan betul dengan mahu mengkaji semula DEB dan MEB.

“Bagi saya, DEB tidak berjaya memajukan mana-mana kaum. Memang wujud diskrimina­si kaum, malah ia lebih serius.

“Lebih baik, kerajaan dapat ketengah dan galakkan program yang dapat menaikkan taraf hidup (semua) kaum. DEB hanya modal politik dan tidak menampakka­n kejayaan pun.

“Beri tumpuan terhadap jurang ekonomi masyarakat kerana ia memperliha­tkan jurang yang begitu besar. Ini menyebabka­n, ramai hidup dalam kemiskinan dan ada juga ketinggala­n jauh terutama di bandar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia