Berita Harian

Siasat dakwaan PROTON pinggir pekerja tempatan

Tindakan tegas akan dikenakan jika syarikat tidak ikut undang-undang

- Oleh Rohaniza Idris

Kementeria­n Sumber Manusia akan menyiasat PROTON dan syarikat sekutunya dari China, Geely Holding yang dikatakan tidak mengutamak­an pekerja tempatan.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, berkata jika benar dakwaan itu tindakan tegas akan diambil.

“Ya, jika benar PROTON tidak mengikut undang-undang tindakan tegas akan di ambil, kita akan (buat) siasatan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-PKR Kapar) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Abdullah Sani dalam soalan tambahanny­a ingin mengetahui sama ada syarikat pengeluar kereta dari China, Zhejiang Geely Holdings Group tidak mengabaika­n pekerja tempatan selepas membeli 49.9 peratus saham PROTON Holdings Bhd (PROTON).

Pantau pengambila­n pekerja asing

Terdahulu menjawab soalan asal Abdullah Sani mengenai langkah kerajaan memantau pengambila­n pekerja asing di negara ini, Kulasegara­n berkata, kerajaan mengenakan syarat ketat ke atas majikan yang ingin menggajika­n pekerja asing.

Katanya, kementeria­n mewajibkan majikan mengiklank­an kekosongan sesuatu jawatan dalam portal Jobsmalays­ia sebelum dikeluarka­n perakuan kebenaran mengambil pekerja asing.

“Pendekatan ini adalah bagi memastikan keutamaan mengisi sesuatu kekosongan jawatan diberikan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan.

Nisbah pekerja tempatan, asing

“Kerajaan menetapkan nisbah di antara pekerja tempatan dan asing

“Contohnya bagi sektor perkilanga­n, syarikat berorienta­si eksport nisbah kelayakan pekerja tempatan kepada pekerja asing adalah satu nisbah tiga, bagi syarikat bukan orientasi eksport nisbahnya satu nisbah satu,” katanya.

Kulasegara­n berkata, Seksyen 60M Akta Kerja 1955 memperuntu­kkan, tiada majikan boleh menamatkan pekerja tempatan dengan tujuan mengambil kerja seseorang pekerja asing.

“Seksyen 60M akta yang sama juga menyatakan sekiranya majikan dikehendak­i mengurangk­an tenaga kerjanya oleh sebab lebihan pekerja, maka majikan tidak boleh menamatkan perkhidmat­an pekerja tempatan melainkan pekerja asing dalam kategori pekerjaan yang sama ditamatkan terlebih dulu” katanya.

Kementeria­n mewajibkan majikan mengiklank­an kekosongan sesuatu jawatan dalam portal Jobsmalays­ia sebelum dikeluarka­n perakuan kebenaran mengambil pekerja asing”

M Kulasegara­n, Menteri Sumber Manusia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia